saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 14/07/2011

Polis bertindak terhadap penjual barangan Bersih

14/07/2011 4:31pm

SHAH ALAM 14 Julai Polis akan mengambil tindakan termasuk merampas barangan dan menangkap individu yang menjual barangan yang mempunyai logo berkaitan perhimpunan haram Sabtu lepas kerana ia menyalahi undang-undang.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Ahmad Zahedi Ayob berkata, sebarang penjualan barangan termasuk pakaian seperti kemeja-t atau tali leher yang mempunyai logo penganjur perhimpunan haram itu adalah tidak dibenarkan sama sekali.

"Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit sekiranya ada laporan yang dibuat.

"Sesiapapun tidak akan terlepas daripada tindakan, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar hari ini mengenai penjualan tali leher mempunyai logo perhimpunan haram itu sempena sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini semalam. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.