saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 17/07/2011

Kuasa Liverpool

Awang ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya kerana mempamerkan persembahan menarik walaupun tewas 3-6 dalam perlawanan persahabatan dengan kelab bola sepak Liverpool (LFC), petang semalam.

Banyak peningkatan dari segi prestasi. Ternyata skuad bimbingan B. Rajagobal itu mengambil pengajaran selepas ditundukkan oleh Arsenal, 4-0 minggu lalu. Janji Harimau Malaya untuk memberi impak telah dibuktikan semalam. Sudah tentu harapan rakyat Malaysia dalam masa terdekat ini untuk melihat pasukan negara menewaskan Singapura untuk terus mara dalam kelayakan Piala Dunia.

Awang tidak berminat mengulas panjang soal perlawanan semalam. Kalah atau menang bukan ukuran besar bagi perlawanan persahabatan. Yang membangkitkan pesona Awang ialah sambutan terhadap kunjungan kelab liga Perdana Inggeris itu ke negara ini dalam rangka jelajah Asia 2011. LFC sememangnya terkenal dengan tradisi keunggulan bola sepaknya sejak 1892 biarpun prestasi pasukan itu merosot beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun LFC tetap mempunyai ramai penyokong termasuk di Malaysia. Buktinya, lebih 35,000 penonton menyaksikan sesi latihan pasukan itu Khamis lalu. Semalam, lebih 80,000 penonton membanjiri Stadium Bukit Jalil. Ia mengatasi rekod perlawanan persahabatan dengan mana-mana pasukan ternama lain termasuk Manchester United. Ketika sesi bersama peminat di Pavillion, pusat membeli-belah itu buat pertama kali dilimpahi peminat sukan yang bersesak-sesak. Itulah kuasa LFC.

Kesetiaan penyokongnya dicemburui pasukan lain. Walaupun tanpa kehadiran tonggak The Reds iaitu Steven Gerrard dan pengurus yang juga legenda kelab itu, Kenny Dalglish (yang bergegas pulang sehari sebelum perlawanan), ia tidak melemahkan semangat para penyokong. Liverpool mania tetap melanda Kuala Lumpur. Itulah istimewanya penyokong LFC, kalah atau menang tetap bersama. Ketika suka mahu pun duka, dilalui seadanya tanpa gundah. Semasa di puncak tidak angkuh dan apabila merudum tidak hilang arah serta tetap sabar untuk terus bangkit. You’ ll never walk alone, slogan yang hanya penyokong LFC sahaja lebih mengerti nilainya.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.