PENDIDIKAN
ARKIB : 19/07/2011
Agro Remaja: SM Saint Michael juara keseluruhan
MELAKA 18 Julai - Sekolah Menengah (SM) Saint Michael, Penampang, Sabah muncul juara keseluruhan Anugerah Agro [email protected] 2010 anjuran akhbar Utusan Malaysia dan Institut Skill-Tech di sini, hari ini.
Kejayaan itu membolehkan sekolah tersebut menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi yang disampaikan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.
Turut hadir, Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dan Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech, Nordin Abdul Malek.
Pengetua SM Saint Michael, Marie Yong Pik Hun gembira atas kemenangan tidak diduga itu yang secara tidak langsung telah mengharumkan nama sekolah itu.
''Saya rasa gembira dan ucapkan terima kasih kepada Utusan serta Institut Skill-Tech kerana menganjurkan pertandingan ini," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.
Beliau berkata, kemenangan itu memberi motivasi kepada pelajar dan guru-guru untuk terus maju dalam aktiviti pertanian di sekolah tersebut.
Terdahulu, sekolah tersebut turut diumumkan sebagai pemenang kategori landskap, tempat kedua milik SMK Lundu, Kuching Sarawak dan ketiga dimenangi oleh SMK Sri Muda Seberang Prai Utara, Pulau Pinang.
Bagi kategori tanaman atau edible garden pula, SMK Sri Kukup, Pontian, Johor diumumkan sebagai pemenang diikuti oleh SMK Pusat Penyelidikan Pertanian Jerantut, Pahang di tempat kedua dan ketiga milik SMK Kampong Jawa, Klang, Selangor.
SMK Dato' Abdul Rahman Yaakob, Bota, Perak pula dinobatkan juara dalam kategori pemerosesan makanan diikuti oleh SMK Raja Abdullah, Kepong, Kuala Lumpur muncul pemenang tempat kedua dan ketiga menjadi milik SMK Sri Kukup, Pontian, Johor.
Bagi kategori ternakan atau perikanan pula, SMK Dato' Mahmud Paduka Raja (2) Tanah Merah, Kelantan diumumkan sebagai juara, tempat kedua dimenangi SMK Kampung Jawa, Klang, Selangor dan SMK Jelai (F), Gemas, Negeri Sembilan menduduki tempat ketiga.
Bagi setiap kategori yang dipertandingkan juara menerima hadiah wang tunai RM2,000, kedua, RM1,500 dan ketiga, RM1,000 selain trofi.
Sebanyak 100 buah sekolah dari seluruh negara menyertai pertandingan yang pertama kali diadakan apabila hanya 15 sekolah disenarai pendek untuk layak ke peringkat akhir.
Solat hajat Perdana pelajar duduki empat peperiksaan besar
68 murid tiga sekolah melawat kilang Utusan
Motivasi mampu elak unsur negatif
YPC anjur Seminar PT3 mantapkan persediaan sekolah angkat
Bajet holistik, rangkumi semua peringkat persekolahan - Mary Yap
Lantik guru berkelayakan, lulus ujian - NUTP
Nur Irdina, Gan Jin Jin Tokoh Nilam Wilayah Persekutuan
UPSR bocor: Musang berbulu ayam
2 sekolah dinobat pemenang Water Vision 2014
Transformasi diri melalui pertandingan pelihara alam sekitar
Karnival Ceriathon SK Bandar Tun Hussein Onn meriah
Tutor jadi bahan rujukan SMK Dengkil
297 diiktiraf Sekolah Kluster Kecemerlangan
Dua murid Orang Asli tetap hadir ambil UPSR
Jumlah penyertaan Liga Remaja Kreatif terus meningkat
Guru sekolah Orang Asli jemput calon UPSR di rumah
Tutor bantu tingkat prestasi akademik
Tiga kemahiran pemangkin kejayaan
Calon UPSR tetap bersemangat duduki semula peperiksaan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












