saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/07/2011

Bertindak ke atas The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR 19 Julai - Kerajaan wajar mengenakan tindakan paling tegas terhadap pemilik portal berita The Malaysian Insider ekoran berita-berita yang disiarkan hanya mendatangkan kerosakan terhadap keselamatan serta keamanan negara.

Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain, kerajaan tidak harus takut untuk mengenakan tindakan terhadap portal berita itu kerana ia melibatkan soal kestabilan negara ini.

Katanya, kerajaan wajar mencontohi kerajaan United Kingdom apabila mengenakan tindakan terhadap beberapa orang kanan akhbar tabloid News of the World milik Rupert Murdoch atas faktor keselamatan selepas dituduh terlibat dalam skandal penggodaman telefon.

"Saya lihat kerajaan sekarang terlalu takut untuk mengenakan tindakan terhadap media alternatif yang selama ini hanya membawa kerosakan kepada negara.

"Mengapa perlu takut? Jangan dihiraukan tekanan yang datang sama ada dari dalam atau luar. Apa yang penting keamanan dan keselamatan negara perlu lebih diutamakan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas perbuatan portal The Malaysian Insider yang banyak menyiarkan berita yang bersifat negatif terutama berkaitan dengan soal perkauman.

Selain pemilik, Ahmad Atory yang juga penganalisis politik berkata, pemimpin-pemimpin pembangkang yang sering mencabar kerajaan dengan kata-kata provokasi di media alternatif juga wajar dikenakan tindakan tegas.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, dalam apa jua keadaan soal keselamatan tidak boleh dikompromi kerana ia membabitkan masa depan negara dan nasib yang bakal dihadapi rakyat.

"Kita perlu belajar sejarah. Kita tidak mahu peristiwa 13 Mei 1969 berlaku. Peristiwa hitam ini telah memberi pengalaman yang cukup pahit kepada kita semua. Antara puncanya ialah pengaruh media.

"Saya adalah antara orang yang menyaksikan kejadian ini dan kerana itu saya tidak rela peristiwa itu berlaku semula. Macam-macam orang gelar saya tetapi mereka tidak sedar betapa berharga nilai keamanan,'' katanya lagi.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara. Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa pula berkata perbuatan yang dilakukan oleh media-media alternatif itu akan membantutkan usaha pembentukan sebuah negara bangsa.

Seandainya itu yang berlaku beliau khuatir hasrat untuk menyatupadukan rakyat Malaysia keseluruhannya akan terjejas.

Dalam pada itu, beliau berkata, kewujudan media-media alternatif di negara ini tidak harus menjadi penghalang ke arah membina sebuah negara yang bersatu padu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.