saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 20/07/2011

Musim haji: Makkah Metro tambah jumlah pekerja KTMB

20/07/2011 8:38pm

KUALA LUMPUR 20 Julai Syarikat kereta api Makkah Metro, yang terlibat dalam perkhidmatan pengangkutan jemaah haji di Makkah, menambah pengambilan pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk membantu mereka bagi mengendalikan musim hari tahun ini.

Presiden KTMB, Dr Aminuddin Adnan berkata, Makkah Metro telah meminta KTMB menambah jumlah petugas KTMB sebanyak lebih dua kali ganda dari jumlah yang dihantar pada tahun lepas iaitu dari 65 orang, kepada 200 orang tahun ini.

"Tetapi kita hanya dapat hantar 145 petugas sahaja memandangkan kakitangan kita diperlukan bagi meneruskan operasi di tanah air, katanya kepada pemberita selepas meraikan kakitangannya yang akan berlepas ke Arab Saudi mulai malam ini, di sini hari ini.

Kumpulan pertama seramai 41 orang akan berlepas malam ini untuk berkhidmat sehingga November.

"Alhamdulillah kita dijemput semula berdasarkan prestasi kerja baik yang ditunjukkan kakitangan yang terlibat pada tahun lepas, katanya.

Perkhidmatan Makkah Metro, atau nama rasminya Al Mashaaer Al Muqaddassah Metro, mula beroperasi tahun lepas dan dikendalikan oleh China Railway Construction Corporation Limited (CRCC) bagi memberi perkhidmatan pengangkutan melalui rel kepada jemaah haji antara Arafah dan Jamrah, yang meliputi perjalanan sepanjang 18 kilometer. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.