saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 22/07/2011

Bangga berbakti di Darul Bakti


Sebahagian daripada kanak-kanak yang mendiami Darul Bakti bersiap untuk ke sekolah di Kota Belud, baru-baru ini.


KOTA BELUD 21 Julai – Ketika memasuki pekarangan Darul Bakti yang dilitupi rimbunan jati, kedengaran suara kanak-kanak begitu ceria mengikuti bimbingan gurunya daripada dua blok bangunan yang dinamakan Sekolah Islamiah al-Badru, Darul Bakti.

Halaman dan persekitaran Darul Bakti yang begitu tenang dan permai, membuatkan pelawat seakan-akan mengunjungi sebuah rumah rehat nun jauh di desa walaupun hakikatnya Darul Bakti hanya sejauh 2 kilometer dari pekan Kota Belud.

“Tanah seluas 1.5 hektar ini adalah pemberian ayah saya dalam usia remaja lagi,” kata Datin Saidatul Badru Tun Mohd Said, 61, pengasas dan Pengerusi Darul Bakti yang mewakafkan untuk tujuan murni itu.

Saidatul Badru berkata, sejak kecil lagi beliau terdidik dengan sifat dermawan apabila melihat ayahnya, Tun Mohd. Said Keruak (Allahyarham) sering memberikan sumbangan bakti kepada semua lapisan masyarakat sewaktu hayatnya.

Beliau berkata, ayahnya yang ketika itu menjadi Yang Dipertua Negeri Sabah begitu teruja apabila mendengar beliau menubuhkan Darul Bakti dan dengan senyap-senyap memantau usahanya dengan cara yang tersendiri.

Kisahnya bermula apabila suatu hari ayahnya mengunjungi Darul Bakti tanpa protokol. Ayahnya ingin melihat sendiri aktiviti penghuni Darul Bakti, kemudian sebelum balik beliau sempat menghulurkan sumbangan kepada Darul Bakti.

“Saya hanya tahu mengenainya melalui seorang kakitangan yang memaklumkan saya tidak lama selepas itu,” katanya.

Dengan falsafah mencapai impian untuk melahirkan anak-anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat serta membentuk bangsa bersaudara ke jalan yang diredai Allah, kini Darul Bakti boleh berbangga kerana ramai daripada kalangan penghuninya telah berjaya dalam bidang masing-masing.

Menurut Pengetua Darul Bakti, Rahmat Lokman, 42, terdapat dua penghuni Darul Bakti yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang syariah di Universiti Ahl-Bayt, Jordan.

“Seorang bekas penghuni rumah ini, Azman Dilah yang berjaya mendapat diploma dalam bidang Usuluddin dari Kolej Al-Hikmah Kajang, kini kembali ke sini untuk menjadi tenaga pengajar,” katanya yang telah mencurahkan bakti di Darul Bakti sejak 15 tahun lalu.

Antara bekas penghuni Darul Bakti yang menampakkan kejayaan tersendiri ialah Sabri Nulah. Beliau ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke Sekolah Sukan Bukit Penawar, Kota Tinggi Johor. Sabri adalah seorang atlet lawan pedang dan pernah mewakili negara dalam sukan SEA.

Kata Rahmat, kebanyakan anak-anak Darul Bakti yang telah bekerja atau bersekolah di tempat lain tetap singgah ke situ untuk bertanya khabar, kerana mereka menganggap Darul Bakti sebagai rumah mereka sendiri dan seluruh penghuni dan kakitangan adalah keluarga mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.