saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 22/07/2011

Tengku Razaleigh tubuh NGO Amanah bawa ”suara rakyat”

22/07/2011 6:31pm

KUALA LUMPUR 22 Julai – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini melancarkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) bagi membawa suara rakyat menuntut kebenaran dan keadilan dalam menangani masalah rasuah, kronisme dan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Beliau berkata, permohonan pendaftaran Amanah sudah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Amanah bukan sebuah parti pertubuhan politik tetapi mempunyai visi untuk membawa keadilan, kesaksamaan, kemajuan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum berdasarkan kepada semangat perlembagaan Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah di Memorial Tunku Abdul Rahman di sini hari ini.

Turut hadir bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim.

Tengku Razaleigh, selaku Presiden Amanah, berkata, barisan anggota-anggota utama jawatankuasa sementara Amanah terdiri daripada nama-nama yang terkenal daripada beberapa parti politik dan pertubuhan sosial di Malaysia.

Enam Timbalan Presiden Amanah terdiri Abdul Kadir serta bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat; bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam; Datuk Seri Wilfred Bumburing; Datuk Seri Bujang Ulis; dan Datuk Seri Daniel Tajem.

Beliau berkata, Amanah akan merealisasikan misinya untuk menangani rasuah, kronisme, perkauman, sikap pelampau individu sehingga menimbulkan huru-hara dan pembaziran melibatkan perbelanjaan kerajaan. – Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.