saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/07/2011

Isteri Sarbaini mahu polis siasat semula

PETALING JAYA 23 Julai - Balu kepada Penolong Pengarah Kastam, Ahmad Sarbaini Mohamad yang dijumpai mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada 6 April lalu, hari ini membuat laporan polis memohon siasatan lebih terperinci dilakukan semula berhubung kematian suaminya.

Masiah Manap membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya di sini selepas tidak berpuas hati dengan tindakan polis yang didakwanya tidak menyiasat seorang pegawai SPRM yang pernah ditemuinya.

Menurut Masiah, pada 2 Mei lalu, dia telah membuat laporan polis di Subang berhubung kenyataan mencurigakan daripada pegawai SPRM yang dikenali sebagai Ghani.

"Kenyataan itu dibuat Ghani ketika saya bertemu dengannya bersama seorang lagi pegawai SPRM. Ketika itu Ghani berkata seakan dia tahu mengenai kematian Ahmad Sarbaini," katanya.

"Tetapi polis tidak menyiasat kenyataan Ghani sehingga blog Raja Petra Kamaruddin mendedahkan perkara sama pada Rabu lalu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di sini hari ini.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di gelanggang badminton pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu selepas disiasat berikutan skandal rasuah yang menular di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Tambah Masiah, akibat tidak puas hati dengan siasatan sebelum ini, keluarganya kini ingin menuntut polis menjalankan siasatan secara menyeluruh.

"Siasatan lanjut mungkin akan memberi gambaran jelas tentang siapa yang bertanggungjawab dan menyebabkan allahyarham terjatuh atau dijatuhkan," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.