saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/07/2011

Pelajar MCKK diminta serah dokumen bersejarah untuk tatapan generasi muda

KUALA LUMPUR 24 Julai - Bekas pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) diminta menyerahkan pelbagai dokumen bersejarah mengenai institusi pendidikan itu untuk dijadikan khazanah negara.

Pengerusi Arkib Persatuan Pelajar Tua Maktab Melayu (MCOBA), Bahari Mohd. Atan berkata, dokumen tersebut perlu dikumpulkan untuk tatapan generasi muda kerana maktab itu merupakan tempat bermulanya dasar pendidikan rasmi negara.

"Bekas pelajar atau waris mereka boleh menyerahkan secara percuma, meminjam atau menjual pelbagai dokumen seperti gambar dan surat kepada sekretariat arkib untuk disalin sebelum disimpan secara digital.

"Bahan-bahan ini amat diperlukan kerana MCKK adalah pelopor pendidikan rasmi bagi orang Melayu. Tambahan pula MCKK sudah melahirkan ramai pemimpin, ahli korporat dan pemikir dalam membantu kemajuan negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran Arkib MCOBA yang disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden MCOBA, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

Mengulas lanjut, Bahari berkata, sejak ditubuhkan pada 1905, kebanyakan rekod serta dokumen pelajar MCKK disimpan dan dibawa pulang oleh pihak Inggeris, selain musnah akibat cuaca dan ketika meletusnya Perang Dunia Kedua.

Tambahnya, menerusi usaha gigih untuk menyelamatkan nilai sejarah MCKK, sehingga kini pihaknya telah memperoleh lebih 4,000 gambar lama serta puluhan ribu dokumen pelajar yang disalin kepada digital.

"Jika tiada sebarang usaha diambil oleh pihak kami dengan kerjasama bekas pelajar MCKK atau waris mereka untuk menyimpan dokumen bersejarah itu, ia akan lenyap begitu sahaja," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada bekas pelajar MCKK supaya berhubung terus dengan sekretariat MCOBA di talian 03-22746036 atau boleh melayari laman web www.mcoba.org.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.