saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 25/07/2011

Bina Puri dapat kontrak RM388.7j


Lakaran artis Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah yang bakal dibangunkan oleh Bina Puri.


KUALA LUMPUR 24 Julai - Bina Puri Holdings Bhd. (Bina Puri) berjaya mendapat projek bagi membina fasa pertama Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah dengan kontrak bernilai RM388.7 juta.

Bangunan itu akan dibangunkan di Likas Bay, Kota Kinabalu yang bakal dimulakan pada bulan depan dan dijangka mengambil masa 30 bulan untuk disiapkan.

Bina Puri berkata, projek itu membabitkan pembinaan 30 tingkat menara pejabat dan dua blok bangunan sembilan tingkat.

Kawasan seluas enam hektar itu dibangunkan dengan mengadap pesisir Laut China Selatan turut bakal menempatkan pejabat Ketua Menteri Sabah dan anggota Kabinetnya.

Pengarah Urusannya, Tan Sri Tee Hock Seng berkata, setakat ini syarikat itu telah berjaya menyelesaikan projek bernilai lebih RM1.5 bilion dan sedang melaksanakan projek hampir berjumlah RM800 juta.

Dengan sejumlah RM9 bilion yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi projek-projek infrastruktur di Sabah dan Sarawak, Bina Puri akan terus mengambil bahagian dalam projek di negeri-negeri tersebut, tambahnya.

Setiap tahun, syarikat itu secara konsisten mendapat baharu pada purata RM1 bilion.

''Pada tahun ini, syarikat telah mendapat projek baharu bernilai RM500 juta, menjadikan keseluruhan tempahan buku meningkat kepada RM2.4 bilion,'' kata beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.