saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 26/07/2011

Felda cadang perluas pembangunan bandar


Abdul Ghani Othman bersama Zulkifli Abd. Wahab (tiga dari kanan) menunjukkan buku Taib Andak Dalam Kelasnya Tersendiri pada pelancaran buku tersebut di Kulaijaya, baru-baru ini.


KULAIJAYA 25 Julai - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bercadang untuk memperluas pembangunan bersepadu bandar seperti yang akan dilaksanakan di Bandar Tun Abdul Razak Jengka ke kawasan-kawasan Felda lain di seluruh negara.

Pengarah Besarnya, Datuk Zulkifli Abd. Wahab berkata, buat masa kini pihaknya mempunyai perancangan untuk melaksanakan projek pembangunan tersebut di Felda Tenggaroh di Mersing.

"Memang Felda ada cadangan untuk membuat projek (pembangunan bersepadu bandar) seperti yang dilaksanakan di Bandar Tun Abdul Razak Jengka ke Felda Tenggaroh selepas ini.

"Namun, kajian terperinci berhubung projek tersebut seperti kos keseluruhan dan lain-lain haruslah diteliti terlebih sebelum ia boleh dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku Taib Andak Dalam Kelasnya Tersendiri di Dewan Raya Felda Taib Andak di sini, baru-baru ini.

Majlis pelancaran buku tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan disaksikan oleh penulis buku tersebut, Datin Kalsom Taib.

Menurut Zulkifli, pemilihan awal Felda Tenggaroh dibuat memandangkan kawasan tersebut mempunyai nilai komersial dalam sektor pelancongan kerana ia merupakan pintu masuk pelancong ke Pulau Sibu.

Katanya, Felda Tenggaroh mempunyai sembilan tanah rancangan seluas 25,000 ekar yang menempatkan kira-kira 5,000 peneroka dengan Johor sebagai negeri dengan jumlah tanah rancangan kedua terbesar selepas Pahang iaitu 73 tanah rancangan Felda seluas 262,000 ekar.

"Bandar Tenggaroh itu sendiri terletak di tengah-tengah antara Mersing dan Kuantan dan mempunyai infrastruktur seperti jalan raya yang sempurna. Dengan ini kita boleh bangunkan potensi baru seperti sektor pelancongan selain sektor komoditi sedia ada," katanya lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Julai lalu mengisytiharkan nama baru Bandar Jengka kepada Bandar Tun Abdul Razak Jengka sempena nama bapa beliau yang juga Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, pengasas tanah rancangan Felda.

Kerajaan turut menyalurkan sebanyak RM250 juta untuk pembangunan bersepadu bandar berkenaan yang akan mengandungi kompleks sukan serba moden dan stadium mini serta pusat perniagaan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.