saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 26/07/2011

Abdul Azis dilantik Undang Luak Naning Ke-20


ABDUL Azis Mulud menerima sembah salam hadirin pada majlis pelantikannya sebagai Undang Luak Naning Ke-20 di Alor Gajah, baru-baru ini.


ALOR GAJAH 25 Julai - Lembaga Adat Naning melantik Abdul Azis Mulud sebagai Undang Luak Naning ke-20 dan menyandang pusaka Orang Kaya Seri Raja Merah.

Upacara pelantikan Undang Luak Naning ke-20 yang diadakan Sabtu lalu di Kampung Kendong di sini berjalan lancar dan dilakukan dengan penuh adat istiadat Pepatih Naning.

Pelantikan Abdul Azis juga merupakan detik bersejarah dalam wilayah adat Pepatih Naning negeri ini dan diibaratkan sebagai 'pusaka pulang ke Naning'.

Ini berikutan takhta Undang yang sebelum ini dipegang suku Semelenggang Taboh sejak sekian lama beralih ke suku Semelenggang Naning.

Penyimpan Mohor Balai Undang Naning, Abd. Ghani Lajin yang bergelar Datuk Paduka Tuan Sidang dalam ucapannya berkata, perlantikan Undang Luak Naning ke-20 itu dilakukan selepas mendapat kata putus daripada Lembaga Adat Naning yang terdiri daripada Tiang Balai, Isi Balai dan Pembesar Waris.

"Lembaga adat telah berkerapatan (bermesyuarat) dan setelah mempertimbangkan semua aspek pemilihan sebagai seorang pemimpin adat, kami (lembaga adat) telah sebulat suara memilih Abdul Azis Mulud sebagai Datuk Naning ke-20," katanya.

Beliau berkata, lembaga adat akan menyerahkan surat pemberitahuan pelantikan Undang Luak Naning ke- 20 kepada kerajaan negeri, Institut Seni Malaysia Melaka (Isma) dan Pegawai Daerah Alor Gajah dalam tempoh terdekat.

Dalam istiadat pelantikan itu, Abdul Azis dipakaikan dengan songkok kuning sebagai simbolik pemasyhuran Undang Luak Naning Ke-20 sebelum menerima sembah salam daripada para jemputan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.