saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 30/07/2011

Majlis Peguam digesa bebas politik


AZWANDDIN Hamzah bersama-sama ahli JMM di pintu pejabat Majlis Peguam untuk menyerahkan memorandum kepada wakil majlis itu di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 29 Julai - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini menyerahkan satu memorandum bagi mendesak Majlis Peguam supaya tidak dipengaruhi dan mencampuri isu yang dibangkitkan oleh mana-mana parti politik.

Yang Dipertua Kebangsaan JMM, Azwanddin Hamzah berkata, sejak kebelakangan ini, tindak-tanduk majlis itu bersifat prejudis, berat sebelah berpaksikan satu parti politik selain tidak menjalankan peranan menjaga kepentingan masyarakat.

Katanya, JMM juga meminta Majlis Peguam memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana bersikap prejudis terhadap beberapa isu khususnya bertindak menyebelahi sebelah pihak sahaja sedangkan mereka seharusnya menghormati sistem perundangan negara.

"JMM ada bukti yang menunjukkan penglibatan ahli Majlis Peguam dalam parti DAP termasuk mendaftar sebagai ahli serta beberapa kali mengadakan mesyuarat bersama pihak parti pembangkang.

"Oleh yang demikian, kami memberi masa seminggu untuk Majlis Peguam memberi sebarang penjelasan dan maklum balas berhubung memorandum yang diserahkan hari ini.

"Jika Majlis Peguam gagal berbuat demikian, pihak JMM akan tampil mengemukakan bukti-bukti itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan yang disertai kira-kira 40 ahli JMM sebelum menyerahkan satu memorandum di pejabat majlis itu, di sini hari ini.

Pada awalnya, JMM gagal menyerahkan memorandum itu kepada pemimpin tertinggi Majlis Peguam berikutan pintu depan bangunan cuba ditutup pengawal premis tersebut.

Bagaimanapun, beberapa minit kemudian wakil Majlis Peguam meminta wakil JMM menyerahkan memorandum itu di kaunter pertanyaan bahagian hadapan bangunan.

Dalam pada itu, wakil JMM turut bertindak menurunkan poster Teoh Beng Hock dalam kenangan dan poster yang menunjukkan angka kematian di dalam tahanan polis sebelum menggantikan empat poster iaitu mendesak Majlis Peguam supaya tidak menjadi kuda tunggangan DAP, Majlis Peguam tidak profesional, tutup Majlis Peguam dan Majlis Peguam Prejudis.

Perhimpunan yang diadakan kira-kira 10 minit itu bagaimanapun terkawal dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sementara beberapa anggota polis dilihat berada berdekatan bangunan itu.

Menurut Azwandin, Majlis Peguam dilihat mempunyai agenda politik berikutan tindakan mereka tidak henti-henti mempertikaikan keputusan Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang telah merumuskan punca kematian Beng Hock disebabkan bunuh diri.

"Majlis Peguam dinasihatkan supaya membersihkan dahulu masalah-masalah salah laku peguam di negara ini dan sekiranya ahlinya yang dilantik cenderung untuk melibatkan diri dalam isu parti politik, mereka harus meletakkan jawatan daripada terus memalukan profesion dan badan itu," katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.