saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 31/07/2011

JAIS tahan 'Tok Belagak'


Sebahagian yang ditahan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sewaktu menyerbu sebuah permis yang dijadikan tempat seorang lelaki yang di kenali sebagai Tok Belagak mengajar agama tanpa tauliah di Kota Kemuning Shah Alam. - MINGGUAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI


SHAH ALAM 30 Julai - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan seorang lelaki yang dipercayai penceramah sebuah pusat rawatan alternatif kerana dipercayai mengajar agama tanpa tauliah, di sini hari ini.

Lelaki dikenali sebagai 'Tok Belagak' berusia 46 tahun itu ditahan dalam operasi sepasukan anggota dari Bahagian Penguatkuasaan JAIS.

Ketika ditahan pukul 2 petang, lelaki itu sedang menyampaikan ceramah dalam satu seminar yang diadakan di sebuah premis di Kota Kemuning.

Turut ditahan 12 individu dipercayai kakitangan pusat rawatan tersebut selain isteri penceramah itu yang berusia 30-an dan didakwa pemilik premis berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIS, Zaaba Zakaria berkata, kesemua yang ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atas kesalahan mengajar agama Islam dan perkara-perkara berkaitan dengan agama Islam tanpa tauliah.

"Operasi ini kita lakukan hasil aduan dan maklumat daripada orang awam. Berdasarkan maklumat yang diterima pusat rawatan ini telah aktif hampir dua tahun lalu.

"Daripada penahanan 13 individu ini, kita akan adakan siasatan lanjut dan mengambil keterangan daripada mereka, kesemuanya akan dibebaskan pada hari ini dengan jaminan.

"Mereka yang disabitkan kesalahan di bawah enakmen itu boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Zaaba, ketika operasi itu dijalankan, pihaknya turut mengeluarkan notis untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan kes kepada 36 orang peserta seminar terbabit yang terdiri 31 orang lelaki dan lima orang wanita.

Katanya, pihaknya turut menyita beberapa barangan meliputi peralatan termasuklah risalah-risalah mengenai perubatan alternatif milik pusat rawatan berkenaan.

Mengulas lanjut aktiviti pusat rawatan berkenaan, Zaaba berkata, pihaknya mendapat maklumat, pihak berkenaan menjalankan aktiviti seminar rawatan alternatif kepada peserta dengan bayaran RM250 seorang dan menyediakan khidmat rawatan alternatif.

Rawatan alternatif itu, jelasnya, turut termasuk rawatan berpunca daripada gangguan makhluk halus seperti saka.

Zaaba berkata, pihaknya juga akan menjalankan siasatan lanjut terhadap premis itu khususnya ajaran sesat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.