saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/08/2011

Pakar Jepun yakin kebolehan anak tempatan

PUTRAJAYA 31 Julai - Keyakinannya terhadap kemampuan anak tempatan membuatkan penulis komik pengembaraan angkasa dari Jepun, Prof. Dr. Patrick Collin sudi berkongsi kajian luar biasanya untuk dijadikan filem animasi.

Collin yang merupakan pensyarah Ekonomi dan Sumber Tenaga Angkasa Lepas di Universiti Azabu, Jepun berkata, kebolehan anak Malaysia menghasilkan animasi bertaraf antarabangsa membuatkan beliau membenarkan Persatuan Pelancongan Angkasa Lepas (STS) menghasilkan sebuah animasi berbentuk pendidikan.

“Saya yakin sepenuhnya STS yang diketuai Presidennya, Norul Ridzuan Zakaria ini akan berjaya mendapat kelulusan pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat apabila membentang dan menayangkan sedutan filem Re-entry tersebut pada Oktober nanti.

“Apa yang terkandung dalam komik ini merupakan kisah pelancongan angkasa yang menunjukkan persekitaran di angkasa lepas berdasarkan kajian dan fakta sebenar,” katanya dalam majlis ramah mesra bersama media di sini, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai dapat berhibur sambil mempelajari mengenai keadaan sebenar angkasa lepas menerusi filem animasi tersebut.

Mengulas mengenai projek berkenaan, Norul Ridzuan berkata, kandungan animasi itu adalah berbentuk pendidikan angkasa lepas yang sangat eksklusif kerana ia merupakan hasil kajian yang sebenar yang boleh diaplikasikan pada masa depan.

“Animasi yang ingin diterbitkan ini bukan rekaan semata-mata. Kandungannya penuh dengan pendidikan sains angkasa yang menunjukkan pelbagai ruang dengan konsep dunia pembangunan angkasa lepas tanpa sempadan,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.