saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 02/08/2011

Pendarahan kepala punca kematian Ahmad Sarbaini

02/08/2011 5:12pm

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed adalah disebabkan pendarahan teruk di kepala akibat terjatuh dari tempat tinggi selain kesukaran untuk bernafas, Mahkamah Koroner diberitahu hari ini.

Ahli patologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Profesor Madya Dr. Faridah Mohd Noor berkata, pemeriksaan ke atas mangsa mendapati kecederaan yang dialaminya konsisten dengan kesan jatuhan dari aras tiga, bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata, darah yang banyak keluar daripada mulut, hidung dan telinga kiri juga menyebabkan mangsa sukar bernafas.

"Mangsa tidak dapat bernafas dengan baik disebabkan pengaliran darah yang menutup saluran pernafasannya, kata Dr. Faridah yang juga pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Hanim Mohd. Rashid pada prosiding inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbaini.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane pada 6 April. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.