saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 03/08/2011

Bantuan RM500,000 baiki Masjid Ahmadiah Kuala Kurau


Mohd. Fuad Jelani (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Husni Ahmad pada Majlis Jalinan Mesra Rakyat di Parit Buntar, kelmarin.


PARIT BUNTAR 2 Ogos - Kehadiran Ramadan tahun ini disambut penuh kesyukuran oleh kariah Masjid Ahmadiah, Kampung Parit Mat Ali, Kuala Kurau, dekat sini apabila peruntukan sebanyak RM500,000 untuk membaiki masjid yang telah berusia lebih 70 tahun itu diluluskan.

Khabar gembira tersebut disampaikan oleh Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Mohd. Fuad Jelani ketika merasmikan Majlis Jalinan Mesra Rakyat di sini, semalam.

Mohd. Fuad berkata, peruntukan tersebut akan disalurkan menerusi Pejabat Daerah Kerian.

"Datuk Seri Najib Tun Razak telah meneliti permohonan ahli jawatankuasa masjid dan meluluskan bantuan sebanyak RM500,000," katanya pada majlis yang turut dihadiri Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kurau, Mohd. Salleh Mat Disa.

Pada majlis itu, Mohd. Fuad turut menyampaikan bantuan moreh kepada dua surau di kampung berkenaan serta menghulurkan zakat makanan dan wang tunai RM300 kepada 38 penerima daripada kalangan kariah masjid tersebut.

Pengerusi Masjid Ahmadiah, Husni Ahmad, 62, berkata, bantuan tersebut sangat diperlukan bagi membaiki struktur masjid yang telah usang.

"Kami sudah lama menanti berita ini dan syukur atas keprihatinan Perdana Menteri, masalah kami mendapat perhatian," katanya.

Beliau menambah, masjid tersebut yang dibangunkan sekitar 1920-an, dibina atas tanah wakaf memberikan kemudahan kepada lebih 200 ahli kariah.

Katanya, banyak struktur kayu masjid telah reput dan perlu diganti segera.

Sementara itu, Mohd. Salleh berkata, bantuan itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Najib tidak pernah mengabaikan rakyat termasuk di kawasan yang dikuasai pembangkang.

Beliau menambah, sempena Majlis Jalinan Mesra Rakyat itu, pihaknya turut mengedar kotak makanan sumbangan Yayasan Bina Upaya kepada 72 keluarga miskin di kawasan DUN Kuala Kurau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.