saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 04/08/2011

Inkues Ahmad Sarbaini selesai

04/08/2011 2:06pm

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Prosiding inkues untuk menyiasat kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahamad Sarbaini Mohamed yang bermula pada 4 Julai lepas berakhir hari ini selepas pegawai penyiasat ASP Zuhairi Mohamed memberi keterangan.

Koroner Aizatul Akmal Maharani kemudian menetapkan tarikh pada atau sebelum 25 Ogos ini bagi pihak yang terlibat memfailkan hujahan bertulis masing-masing dan keputusan inkues akan diumum pada 26 September.

"Tidak diwajibkan hujahan dalam inkues, tetapi saya mengalu-alukan pihak yang terlibat untuk memfaikan hujahan kerana ia akan membantu siasatan, katanya.

Sepanjang perbicaraan selama 13 hari itu, seramai 34 saksi memberi keterangan termasuk beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, dua pakar patologi, pegawai forensik, beberapa pegawai Kastam dan juga isteri Allahyarham, [email protected] Manap.

Pada 5 Julai lepas, Aizatul Akmal yang diiringi Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas, Hanim Mohd Rashid, Noor Amalina Mohd Rashid, Azlina Rasdi melawat lokasi kejadian di mana mayat Ahmad Sarbaini ditemui.

Turut serta ialah peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili SPRM serta peguam Awtar Singh yang mewakili keluarga Allahyarham.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane di sini pada 6 April lepas.

Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.