saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/08/2011

Aura X-Factor masih membara




KUMPULAN X-Factor bersedia untuk menempuh apa juga kritikan di atas kemunculan semula mereka. Malah, sanggup juga menempuh apa juga tanggapan kurang senang terhadap perjuangan muzik yang dipilih.

Apa jua cakap-cakap kurang senang di luar sana, X-Factor terus optimis dengan keputusan yang telah dibuat. Mahu terus berjuang bersama peminat yang membesar bersama karya mereka.

Andai masih ada pihak yang tak merestui kehadiran semula mereka di persada muzik tanah air, apa yang dilakukan hanya memekakkan telinga.

“Minat kami terhadap muzik masih utuh. Biarpun terpisah sebentar, namun tetap bersatu jauh dari sudut hati. Itulah janji sebelum X-Factor dibubarkan sekitar tahun 2003,” kata Danny dalam sesi fotografi di Studio Utusan baru-baru ini.

X-Factor adalah kumpulan penyanyi lelaki pertama yang dilahirkan oleh KRU Records pada tahun 1999. Mereka terdiri daripada Syed Affendi Syed Ibrahim (Fendi), Zachery Francis Ubu (Zack), Iwan Shah Azhar (Shah), Mohd. Kardanie Anwa (Danny) dan James Vernon Burge (Ivarn).

Bagaimanapun, untuk Projek X yang merupakan penyatuan semula mereka pada tahun ini, hanya tiga ahli yang terlibat. Mereka adalah Shah, 33, Danny, 31, dan Zack, 34.

Hasil kreativiti mereka mencetuskan single terbaru berjudul Aura Membara ciptaan Kozac. Pengubat rindu buat peminat muzik dance pop yang juga aliran muzik kumpulan Hollywood N’Sync dan Back Street Boys.

Mengulas tentang punca pengunduran mereka, Shah memberitahu terdapat banyak faktor yang menghalang mereka untuk aktif selepas kontrak bersama KRU Records ditamatkan.

Antaranya adalah kemunculan banyak rancangan realiti yang melahirkan ramai bakat baru menyebabkan mereka terpaksa membawa haluan masing-masing. Ditambah dengan masalah peribadi membulatkan keputusan pembubaran kumpulan.

“Kami menerima banyak maklum balas daripada orang ramai untuk penyatuan semula X-Factor. Itu yang membuatkan kami terfikir semula untuk merakamkan single Aura Membara.

“Saya yang paling berkobar-kobar kerana paling lama menetap di Australia mahu kembali menyertai dunia seni. Sementara Danny dan Zack walaupun tidak menyanyi tetapi kami masih aktif sebagai pelakon dan pengacara,” sambung Shah lagi.

Mengulas tentang cara pendekatan yang bakal digunapakai oleh X-Factor dalam membuat persembahan, Shah memberitahu ia dilakukan secara ‘matang’.

“X-Factor tidak seagresif dahulu. Cara lama yang terkinja-kinja setiap kali muncul di pentas dah tak sesuai lagi. Jadi kami memilih lebih sopan, sesuailah dengan peningkatan usia kami,” katanya jujur.

Dalam perkembangan yang sama, Shah menolak sekeras-kerasnya jika X-Factor dibandingkan dengan kumpulan remaja sekarang yang bertenaga masa kini seperti V.I.P atau Fourteen. Alasannya, tahap usia, tenaga dan zaman perkembangan antara mereka sememangnya ketara.

Shah pula memberitahu bahawa pertemuan semula X-Factor ini untuk mencari pelapis bakat muda yang boleh diketengahkan dalam bidang seni.

“Tak salah kalau kita mencari sesuatu yang dapat memberi manfaat semula kepada industri bukan? Rancangan ini sudah lama difikirkan bersama, terutamanya selepas ada single terbaru ini,” dedah Penerbit Eksekutif Fayrusha Entertainment ini.

Semua aktiviti X-Factor boleh diketahui di www.facebook.com/x-factormusic atau di Twitter menerusi @x_factormusic.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.