saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 08/08/2011

Hargai nikmat Ramadan pada bulan kemerdekaan


PARA pelajar berkongsi sejenis juadah untuk berbuka puasa di masjid Kampung Umdowan Ban di luar Khartoum, Sudan, kelmarin. – REUTERS


SUDAH seminggu kita bertarawih pada bulan Ramadan ini. Hari ini masuk hari kelapan kita berpuasa. Begitu pantas masa berlalu. Syukur kerana kita dapat melakukan ibadah pada bulan yang mulia ini dengan penuh kedamaian.

Umat Islam di Malaysia bernasib baik kerana dapat menjalani ibadah puasa dalam suasana harmoni walaupun masyarakat kita terdiri daripada pelbagai kaum dan anutan agama.

Saban petang, bazar Ramadan penuh sesak dengan manusia yang mahu memilih pelbagai juadah mengikut keperluan dan selera masing-masing. Mereka berbelanja ikut kemampuan atau kadangkala mengikut hawa nafsu. Sepuluh jari di tangan penuh bungkusan makanan dan minuman.

Anak-anak yatim dan mereka yang kurang bernasib baik juga mendapat pembelaan sewajarnya. Mereka diajak berbuka puasa di hotel bertaraf empat atau lima bintang, di restoran ternama serta dihadiahkan duit raya, pakaian raya, barangan makanan dan sebagainya. Bagi keluarga berada, mereka berkesempatan membawa anak-anak berbuka puasa di tempat ‘mewah’ ini. Di situ berlambak makanan yang tidak mampu dimakan kesemuanya. Begitulah murahnya rezeki yang datang bergolek pada bulan mulia ini. Semuanya ini tidak mungkin dinikmati sekiranya negara kita dalam keadaan kucar-kacir. Kita boleh dianggap sebagai umat yang bertuah. Inilah nikmat hasil kemerdekaan yang ada pada negara ini. Islam sebagai agama rasmi negara (sehingga hari ini) tetap terpelihara. Di sesetengah tempat atau negara luar, suasana yang sedang dihadapi di negara ini hanyalah igauan. Rasanya tidak ada suasana riuh rendah umat Islam membeli-belah di bazar Ramadan. Waktu berbuka ada di kalangan rakan seagama kita berebut-rebut makanan walaupun sekeping roti.

Sekali lagi, semuanya ini hasil kemerdekaan negara yang meletakkan Islam pada kedudukannya yang tertinggi dalam Perlembagaan. Maka pertahankanlah kemerdekaan yang kita nikmati. Tetapi bagaimana mahu mempertahankan semuanya ini? Kemerdekaan tidak bermakna sekiranya, masyarakat berpecah belah sehingga umat majoriti menjadi minoriti. Akibatnya suara majoriti yang bertukar menjadi minoriti tidak akan dipedulikan lagi. Maka janganlah mendabik dada bahawa kita adalah majoriti. Kumpulan majoriti yang berpecah-belah ditambah pula tanpa penguasaan ekonomi menyebabkan mereka ini menjadi manusia yang lemah dan mudah ‘dijual beli’.

Menyelak seketika jendela luar negara, cuba kita lihat bagaimana sambutan Ramadan di negara lain. Contohnya di Urumqi, Xinjiang, barat laut China, masyarakat minoriti Islam di wilayah itu dilarang melakukan ibadat sepanjang Ramadan ini termasuk berpuasa dan bertarawih.

Kenapa keadaan seperti ini berlaku? Umat Islam di negara ini tidak boleh memandang ringan ‘bencana’ yang menimpa umat Islam di Urumqi. Ya mungkin keadaan ini berlaku disebabkan mereka minoriti. Tetapi adakah keadaan seumpama ini tidak akan berlaku kepada negara kita? Apabila kita membenarkan Islam ‘dijual beli’ dan diperlakukan mengikut sesuka hati orang lain, maka keadaan ini bukanlah sesuatu yang mustahil bakal menimpa umat Islam.

Pada kebiasaannya umat Islam sering lupa diri dan selesa dengan apa yang di- nikmati. Hari ini mereka ‘membiarkan’ agama dicubit sedikit dengan alasan toleransi beragama tetapi akhirnya cubit-cubitan itu menjadi ‘sepak terajang’. Hari ini umat Islam digula-gulakan tetapi mungkin esok, gula-gula ini bertukar menjadi cuka yang masam dan racun berbisa. Kadang-kadang untuk menjaga ‘sahabat’, sikap terbuka dan macam-macam lagi menyebabkan agama menjadi bahan dagangan. Orang bukan Islam begitu mudah menggerakkan aktiviti mereka yang boleh melalaikan umat Islam sama ada secara individu atau berkumpulan. Justeru tidak ada jalan singkat untuk mempertahankan kesucian agama ini melainkan umat itu sendiri membina kekuatan mereka.

Maka dalam semangat Ramadan yang jatuh serentak pada bulan kemerdekaan ini, sama-samalah kita beribadah sambil berusaha mempertahankan kemerdekaan.

Ketika kita mensyukuri Ramadan dengan memenuhi masjid dan surau untuk beribadah, jangan lupa mengisi kemerdekaan negara. Kita bersyukur walaupun dalam bulan ibadah, pelbagai aktiviti menyambut kemerdekaan tetap diadakan serentak dengan majlis berbuka puasa dan bersahur.

Pelbagai konvoi atau kembara diadakan untuk mengagihkan Jalur Gemilang kepada orang ramai sambil menjalankan pelbagai kegiatan berkaitan Ramadan.

Dalam kesibukan beribadah ini, luangkan sedikit masa untuk mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, pejabat atau di sekitar kampung dan taman perumahan. Mungkin dalam keghairahan kita menghiasi rumah menjelang Hari Raya Aidilfitri ini, masukkan unsur-unsur hari kemerdekaan di sekeliling rumah kita. Semarakkan Jalur Gemilang pada hari raya ini. Kepada generasi hari ini, insaflah, anda sudah menikmati kemerdekaan dan menjadi tanggungjawab anda untuk mempertahankan kemerdekaan ini.

Kibarkan Jalur Gemilang tanpa mengira fahaman politik, agama, budaya dan latar belakang sosial.

Seperti kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim: “Janganlah untuk mengibarkan sehelai bendera pun rakyat mohon untuk diberikan secara percuma,”

Apalah sangat harga sehelai Jalur Gemilang!

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.