saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 08/08/2011

Kejadian tanah runtuh berlaku begitu pantas Ibu mangsa

08/08/2011 5:21pm

CAMERON HIGHLANDS 8 Ogos Ibu kepada salah seorang mangsa yang maut dalam kejadian tanah runtuh di sini semalam berkata, kejadian itu berlaku sangat pantas selepas hujan lebat tanpa henti selama satu jam.

Munjut a/p Kelet, 69, ibu kepada Jaafar Balad, 48, berkata, semasa kejadian beliau terdengar bunyi dentuman kuat seperti letupan bom di bahagian tepi rumahnya ketika tinggal berseorangan di dalam rumah itu.

"Saya bergegas keluar dan ternampak rumah Jaafar sudah tenggelam ditimbus tanah, katanya kepada pemberita semasa menunggu giliran proses pengecaman mayat di pekarangan Unit Forensik Hospital Sultanah Hajah Kalsom di Tanah Rata di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketika tragedi itu, Jaafar bersama isterinya Norma Gunung, 51, dan anak mereka Mohd Ikbal Jaafar, 15, sedang menyiapkan juadah untuk berbuka puasa, manakala saudaranya yang lain berada di dalam rumah menunggu waktu berbuka.

Anak lelaki Jaafar iaitu Zulkarnain, 18, ketika ditemui pemberita di hospital itu berkata, beliau mendapat berita tentang kejadian berkenaan pada 5 petang semalam.

"Saya mendapat panggilan telefon daripada saudara di kampung mengatakan rumah ditimbus tanah runtuh, katanya, yang merupakan penuntut tahun satu jurusan Diploma Sains Kesihatan di Institut As-Shifa, Taiping. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.