saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 09/08/2011

Zandra giat jalani latihan pemilihan ke Palembang


Sekiranya terpilih, ini merupakan penampilan ketiga Zandra Aziela mewakili negara ke Sukan SEA.


KUALA LUMPUR - Pemain tenpin boling kebangsaan, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi yang dinobatkan juara kebangsaan Mac lalu disusuli juara Terbuka Malaysia Mei lepas, kini giat menjalani latihan untuk Sukan SEA di Indonesia.

Sekiranya terpilih, ini merupakan penampilan ketiga pemain boling berusia 25 tahun itu pada temasya tersebut.

"Memang ia adalah impian saya untuk beraksi dan menggalas cabaran skuad kebangsaan di Sukan SEA yang akan bermula pada awal November setelah sukan ini tidak dipertandingkan di Sukan Olimpik," katanya di sini, semalam.

Zandra Aziela yang kini antara pemain senior, berkata, beliau menjalani latihan sejak awal tahun ini bersama enam rakan sepasukan di bawah kendalian jurulatih Holloway Cheah.

"Namun, senarai akhir enam pemain wanita yang terpilih hanya akan diketahui pada Oktober ini setelah jurulatih membuat penilaian terhadap prestasi kami," katanya.

Ditanya mengenai sasaran emas negara pada temasya kali ini, katanya, secara peribadi beliau masih tidak meletakkan sebarang sasaran dan mahu perkara itu ditentukan jurulatih pasukan.

"Kita masih mempunyai dua kejohanan sebagai pemanas badan iaitu Kejohanan Wanita Dunia di Hong Kong raya ini, (3-12 September) dan Terbuka Kuala Lumpur pada hujung Oktober nanti (22-29 Oktober) sebelum ke Indonesia.

"Daripada kejohanan ini barulah kita akan tahu sejauh mana kemampuan kita untuk menghadapi temasya itu," katanya.

Zandra Aziela merupakan antara pemain muda berbakat yang dilahirkan dari peringkat negeri Selangor sebelum diserap ke dalam kumpulan elit oleh Kongres Tenpin Bowling Malaysia.

Pada Sukan SEA 2007 di Bangkok, Thailand, skuad negara merangkul juara keseluruhan dengan pungutan empat emas menerusi beregu wanita, trio wanita, pasukan wanita dan beregu campuran serta tiga perak dan enam gangsa.

Namun pada Sukan SEA 2009 di Vientianne, Laos, penganjur tidak menyenaraikan sukan tersebut dalam temasya dwitahunan itu. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.