saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 10/08/2011

Pemain tidak digalak keluar sekitar London

KUALA LUMPUR - Semua pemain badminton negara yang sedang bertanding pada Kejohanan Dunia di London diarahkan supaya tidak meninggalkan hotel penginapan mereka tanpa sebab penting demi menjaga keselamatan.

Arahan tersebut dikeluarkan Pengurus pasukan, Ng Chin Chai sebagai langkah berjaga-jaga ekoran rusuhan buruk yang sedang melanda seluruh London hingga menyebabkan beberapa perlawanan bola sepak dibatalkan.

Walaupun tiada sebarang kejadian rusuhan dilaporkan berlaku di Wembley serta kawasan berhampirannya, dan ia hanya melibatkan kawasan di sekitar utara London, namun Chin Chai enggan mengambil sebarang risiko.

"Pemain tidak dibenarkan keluar ke bandar London tanpa sebab, mereka hanya boleh meninggalkan hotel penginapan untuk pergi ke gelanggang pertandingan dan menaiki pengangkutan yang disediakan oleh penganjur.

"Walaupun kawasan di sekitar Wembley aman daripada rusuhan setakat ini, namun langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk menggelakkan sebarang insiden buruk atau tidak diingini daripada berlaku,'' kata Chin Chai.

Polis London kelmarin melancarkan siasatan rapi dan menangkap lebih 160 orang berhubung rusuhan terburuk di ibu negara Britain ini dalam tempoh lebih 25 tahun.

Keganasan berpunca daripada kematian seorang lelaki tempatan dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis dan ia kemudian merebak ke kawasan lain, termasuk tengah London.

Akibat daripada keadaan yang tidak stabil, Persatuan Bola Sepak (FA) England semalam mengambil keputusan untuk membatalkan perlawanan persahabatan antara negara itu menentang Belanda yang dijadual berlangsung hari ini, biarpun lebih 70,000 tiket sudah terjual.

Terdahulu, tiga perlawanan Piala Liga yang dijadual berlangsung di London turut dibatalkan kerana tidak mahu mengundang sebarang risiko akan mencetus rusuhan baru.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.