saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 10/08/2011

Rusuhan cetus kebimbangan


Anggota polis berkawal berhampiran kenderaan yang terbakar akibat rusuhan di Hackney, London iaitu antara lokasi yang menjadi venue Sukan Olimpik 2012. - AP


LONDON - Tidak sampai setahun sebelum London menjadi tuan rumah Olimpik 2012, rusuhan yang berlaku beberapa kilometer dari lokasi utama penganjuran, mencetuskan kebimbangan terhadap tahap keselamatan sepanjang acara sukan tersebut berlangsung.

Liputan kejadian yang mana bangunan dan pengangkutan terbakar yang disiarkan diseluruh dunia, memberikan publisiti negatif terhadap ibu kota itu menganjurkan Olimpik buat kali ketiga.

Kekacauan bermula pada malam Sabtu lalu di Tottenham, utara London dan ia merebak ke kawasan berhampiran kompleks Olimpik serta di Hackney, timur London, Isnin lepas.

Rusuhan itu berlaku ekoran tindakan pihak polis melepaskan tembakan, tetapi segelintir pihak pula menyalahkan pengangguran dan dasar kepolisan yang tidak sensitif telah mencetuskan keganasan di ibu kota itu sejak beberapa tahun lalu.

"Anda boleh membayangkan bagaimana polis akan bertindak jika kejadian seperti ini berlaku ketika Olimpik.

"Jadi, saya rasa ia akan membangkitkan kebimbangan pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Dalam Negeri.

"Namun kejadian seumpama ini tidak harus berulang, ia merupakan peringatan kepada pihak yang terlibat agar lebih berhati-hati ketika Olimpik berlangsung," kata Tony Travers, pakar kerajaan tempatan dari Sekolah Ekonomi London.

Sekumpulan belia yang rata-ratanya memakai penutup muka, menyerang kawasan kedai di Hackney.

Pihak polis yang cuba untuk mengawal rusuhan tersebut dibaling dengan kayu dan pelbagai objek.

Berikutan rusuhan tersebut, lebih 200 orang ditahan pihak berkuasa, sementara pihak polis pula mengesahkan, sekurang-kurangnya 35 anggotanya tercedera.

Hackney merupakan salah satu lokasi taman Olimpik dan kejadian rusuhan terletak kira-kira 6.5 kilometer daripada taman tersebut.

Taman itu turut merangkumi Stadium Olimpik, yang mana upacara pembukaan dan penutup temasya akan dilangsungkan di situ, juga acara olahraga.

Selain itu, di taman berkenaan turut dibina velodrom, pusat akuatik, arena bola keranjang, arena bola baling serta pusat media dan penyiaran.

Lokasi untuk acara lain pula terletak berhampiran ibu kota London, termasuk Hyde Park (triathlon), Horse Guards Parade (bola tampar pantai), Stadium Wembley (bola sepak) dan Wimbledon (tenis). - Agensi

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.