saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 11/08/2011

Malaysia lawan Ukraine hari ini

SHENZHEN – Bola sepak akan membuka tirai cabaran Malaysia di Sukan Universiti Dunia (Universiade 2011) dekat sini, hari ini menentang juara bertahan Ukraine.

Sedar akan hakikat kelebihan fizikal dan teknik yang dimiliki lawan, jurulatih, Aminuddin Hussin, berharap perlawanan pada hari ini akan berlangsung dalam cuaca hujan dengan harapan dapat memberikan kelebihan kepada Malaysia.

Bukan kerana takut atas reputasi hebat Ukraine tetapi dia mengakui para pemainnya sudah biasa beraksi dalam cuaca hujan.

‘‘Faktor cuaca mungkin boleh membantu kita terutamanya kalau hujan kerana semua sedia maklum skuad lawan mempunyai kemahiran yang lebih tinggi.

“Ini kerana para pemain saya boleh beraksi jika perlawanan pada petang esok berlangsung semasa hujan.

“Saya tidak mahu fikirkan apa yang Ukraine boleh buat sebaliknya percaya dengan apa boleh dilakukan oleh pemain kita, " katanya ketika ditemui semasa sesi latihan skuad Malaysia di Stadium Sekolah Menengah Shenzhen, semalam.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, seandainya cuaca tidak hujan sekali pun, dia mempunyai strategi tersendiri menjerat Ukraine.

“Saya akan menumpukan serangan balas yang pantas bagi memerangkap lawan dan menggunakan sepenuhnya apa yang pemain saya mampu lakukan,” katanya.

Walaupun tahu ramai mempersoalkan sejauh mana kemampuan para pemainnya kerana hanya sempat berlatih bersama selama dua minggu, Aminuddin mampu menterjemahkan sesuatu pada perlawanan hari ini.

“Kita hanya ada enam sahaja pemain berstatus Liga Super, namun 14 pemain lain dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebenarnya mempunyai kemahiran yang tidak jauh berbeza.

‘‘Cuma mungkin membezakan mereka ini adalah kurangnya pendedahan perlawanan antarabangsa namun selepas beberapa perlawanan ujian yang kita lalui, saya nampak ada peningkatan dari setiap daripada mereka,” katanya.

Mereka yang berstatus Liga Super adalah Mohd. Bunyamin Omar (Selangor), Mohd. Hisyamudin Sha‘ari(Perak), Arman Fareez Mohd. Ali, Fahrul Razi Kamaruddin (Kuala Lumpur) dan Norhadi Ubaidillah (Kelantan).

Selain Ukraine, Malaysia diletakkan sekumpulan dengan Brazil dan Rusia dalam Kumpulan B dengan juara dan naib juara setiap kumpulan mara ke suku akhir sementara dua pasukan terbawah bersaing dalam perlawanan klasifikasi tempat ke 9 hingga 16.

Malaysia kemudian akan menentang Brazil pada 14 Ogos ini dan bertemu Rusia dua hari selepas itu.

Empat tahun lalu di Bangkok, Malaysia meraih tempat ke-12 selepas menang ke atas Kyrgyzstan, seri dengan Jepun dan tewas ketika berdepan Republik Czech.

Skuad bola sepak akan turun pada perlawanan petang ini dengan kelibat Muhammad Aizat Jaini masih belum pasti dapat diturunkan kerana dibelenggu kecederaan. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.