saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 11/08/2011

The Star dipanggil ekoran artikel lauk babi dalam sisipan Ramadan

11/08/2011 5:09pm

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Kementerian Dalam Negeri telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, dalam sisipan semalam, akhbar itu telah menyiarkan artikel bertajuk ”Ramadan Delights” yang memuatkan gambar-gambar masakan daging babi serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.

Katanya, KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.

"Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk ”Ramadan Delights” itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.