saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 13/08/2011

Artikel fitnah: Utusan buat laporan polis

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Jabatan Pengarang Utusan Malaysia hari ini membuat satu laporan polis berhubung penyiaran artikel fitnah oleh sebuah laman web menggunakan kepala akhbar (masthead) Utusan Malaysia palsu bagi mengelirukan pembaca.

Laporan polis itu dibuat berikutan tindakan laman web tersebut menyiarkan artikel bertajuk 'Kontroversi Cincin Rosmah: Beli sendiri guna duit menabung dari kecil' yang diterbitkan sejak 15 Julai lalu.

Menurut Penasihat Undang-undang, Jabatan Pengarang Kumpulan Utusan, Mohd. Jefri Daman, penerbitan berita itu tidak ada kena-mengena dengan Utusan Malaysia.

"Pengendali laman web tersebut cuba mengelirukan pembaca kononnya berita itu disiarkan di muka depan akhbar Utusan Malaysia.

"Sejak 15 Julai sehingga petang ini, seramai 721 pengikut telah melayari laman web tersebut dan apa yang membimbangkan orang ramai akan terpedaya dengan taktik kotor pihak tidak bertanggungjawab itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Laporan polis itu dibuat oleh Mohd. Jefri mewakili akhbar ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras kira-kira pukul 5 petang tadi.

Beliau berharap polis akan menyiasat motif dan identiti pengendali laman web terbabit.

"Ramai pembaca menghubungi pihak Utusan Malaysia memaklumkan keliru dengan artikel yang disiarkan melalui laman web tersebut," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.