saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/08/2011

Finie nekad henti berlakon


Gadis berusia 20 tahun ini sudah punya perancangan sendiri untuk masa depannya.


KALAU nak dibandingkan dengan Fimie Don, Shafinie Saedon atau Finie Don ini belum tentu dapat mengejar populariti adiknya itu.

Meski terlebih dahulu menjejak dunia hiburan sebagai seorang pelakon, nama Finie bagaimanapun seakan tidak begitu kuat untuk melekat di hati penonton.

Tidak seperti pelakon remaja seusianya, Finie langsung tenggelam meski punya bakat besar sebagai anak seni.

Entah di mana silapnya, namun kata empunya diri ketika ditemui Pancaindera baru-baru ini, dia tidak pernah kisah dengan populariti kerana bukan itu yang dicarinya selama ini.

Langsung tidak kisah apabila adiknya lebih popular berbanding dirinya. Kata gadis berusia 20 tahun ini, dia sebenarnya punya sasaran tersendiri sejak melangkah ke dalam bidang lakonan sedari usia 6 tahun.

“Saya tak popular pun tak apa. Mungkin rezeki lebih berpihak kepada adik saya, Fimie Don.

“Tapi itu tak bermaksud tak ada tawaran yang saya dapat dari mana-mana penerbit drama.

“Sejujurnya, saya ni memilih sedikit orangnya. Tak semua tawaran yang datang saya akan ambil begitu saja.

“Biasanya, saya akan tanya minta pandangan ibu dan bapa dan membuat pertimbangan lain sebelum membuat keputusan akhir.

“Saya tak pernah rasa diri ni dibayangi Fimie sebab kami masing-masing punya cara dan gaya tersendiri ketika melakonkan satu-satu watak,” katanya.

Melihatkan pada gayanya yang sedikit kekok ketika bergambar, Pancaindera sempat mengusik anak kelahiran Sungai Petani, Kedah ini yang seakan ‘malu-malu kucing’ setiap kali cahaya lensa kamera dihalakan kepadanya.

Mengaku dirinya lambat mengambil masa untuk menyesuaikan diri di hadapan kamera, kata Finie, kerana itulah dia lebih selesa jika berpeluang bekerja sebagai orang belakang tabir.

Sentiasa mendambakan tugasan sebegitu, kata Finie, inilah faktor utama yang mendorong dirinya untuk menyambung pengajian dalam bidang penyiaran di Universiti Lim Kok Wing.

Baru sahaja memikul gelaran sebagai pelajar di universiti itu pada 25 Julai lalu, kata Finie, bidang itu dirasakan paling mengena dengan jiwanya berbanding lakonan.

“Saya sangat sukakan dunia di belakang tabir terutama bahagian penyuntingan dan sebagainya.

“Kalu ditanya, ya memang saya sebenarnya tak suka berlakon atau berada di depan kamera sebab jiwa saya lain.

“Saya berlakon pun sebab nak cari duit poket. Kebetulan pula, ibu pun turut menggalakkan, jadi saya rasa tak salah untuk mencuba.

“Tapi saya tak pernah rancang menjadikan dunia lakonan ni sebagai karier saya untuk selamanya.

“Saya sebenarnya sudah nekad untuk berhenti berlakon sebab nak tumpukan pada pengajian dan juga perancangan saya seterusnya selepas ini.

“Ia juga menjawab kepada soalan mengapa saya seringkali menolak tawaran berlakon daripada beberapa penerbit drama kebelakangan ini, ” katanya.

Menurut Finie dalam celotehnya lagi, dia bagaimanapun mungkin akan mempertimbangkan beberapa tawaran lakonan lain selepas ini sekiranya watak yang diberikan benar-benar mencabar.

Mahu buka produksi

Membuka cerita mengenai perancangannya selepas menamatkan pengajian, kata pelakon siri Kisah Kaisara ini, dia memasang angan untuk membuka sebuah produksi sendiri.

Malah, cerita gadis berbintang Libra ini lagi, saat produksinya itu ditubuhkan, dia juga mahu ia mendapat gabungan usahasama dengan abangnya Fizie Don selain Fimie Don sendiri.

“Ia akan menjadi sebuah perniagaan keluarga, InsyaAllah, kalau ada rezeki, saya akan merealisasikannya apabila saya dah benar-benar bersedia.

“Buat masa ini, saya akan kumpul sebanyak mana pengalaman dan menimba ilmu terlebih dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, Finie juga menolak andaian sesetengah pihak bahawa rupa paras merupakan aset penting bagi seseorang pelakon muda sepertinya untuk berjaya.

Kata Finie, meski ada yang gemar memuji kecantikan semulajadi yang dimilikinya, dia bagaimanapun tidak menganggap ia merupakan faktor utama untuk dirinya menjadi seorang pelakon.Apa yang penting adalah bakat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.