saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 14/08/2011

Polis berjaya tahan suspek tetak bapa sampai mati

14/08/2011 6:30pm


SUSPEK kes bunuh seorang warga emas di Padang Terap dibawa keluar daripada Kompleks Mahkamah Alor Setar setelah mendapat perintah tahanan reman semalam. Utusan/HALIM KHALID


ALOR SETAR 14 Ogos Polis telah menahan suspek kes pembunuhan seorang warga emas dalam satu serbuan di rumah keluarganya di Kampung Pasir Putih, Tualak, Kuala Nerang dekat sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Ku Yaacob Ku Hamad berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat jiran itu berjaya menahan suspek lelaki berusia 33 tahun ketika dia sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah kira-kira pukul 1.45 pagi.

Katanya, jiran mengesyaki suspek pulang ke rumah setelah mendapati lampu rumah dinyalakan sedangkan rumah itu tidak berpenghuni selepas kejadian ngeri Khamis lalu.

Suspek yang terkejut dengan kehadiran pihak polis cuba melarikan diri tetapi gagal ekoran tindakan polis mengepung dan memasuki rumah melalui pintu utama yang tidak berkunci.

"Ketika ditahan suspek masih berpakaian sama seperti kejadian Khamis lalu iaitu memakai seluar berwarna coklat, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ku Yaacob berkata, dalam serbuan awal pagi itu, seramai 30 anggota polis dan 24 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dikerahkan bagi menjejaki suspek.

Beliau berkata, polis akan membawa semula suspek ke tempat persembunyiannya sejak dua hari lalu bagi mencari sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa sehingga mati. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.