saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 15/08/2011

Suspek Nazaruddin tiba dengan kawalan ketat

JAKARTA 14 Ogos - Lelaki buruan Indonesia, Muhammad Nazaruddin akhirnya tiba di sini malam semalam dengan kawalan yang ketat.

Sebaik-baik tiba, Nazaruddin yang merupakan suspek utama skandal rasuah berprofil tinggi dibawa ke Markas Markas Komando Polis Indonesia di Kelapa Dua, Depok, di selatan Jakarta untuk pemeriksaan kesihatan.

Bekas bendahari Parti Demokrat, pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, itu diberkas polis antarabangsa (Interpol) di Cartagena, Colombia, Amerika Selatan pada 7 Ogos lalu diterbangkan dengan pesawat sewa khas dari Bogota, Colombia.

Kepulangan Nazaruddin mendapat liputan meluas media tempatan yang menunggunya sejak awal pagi biarpun pesawat khas itu hanya mendarat pada pukul 7.50 malam.

Selepas pemeriksaan kesihatan dan identitinya disahkan, Nazaruddin dijadual diserah kepada Suruhanjaya Pemberantasan Rasuah (KPK) untuk tindakan lanjut.

Nazaruddin juga ditunggu kepulangannya bagi membuktikan beberapa dakwaannya yang mengheret beberapa pemimpin kanan parti itu serta beberapa ahli politik lain dalam skandal rasuah yang dikaitkan dengannya dan dikatakan boleh menggoncang parti pemerintah.

Ia termasuk dakwaan terdapat beberapa pemimpin parti itu turut menerima aliran dana sogokan yang berjumlah besar daripada projek pembinaan perkampungan sukan Wisma Atlet di Palembang, yang akan menempatkan atlet Sukan SEA apabila Indonesia menjadi tuan rumah temasya sukan itu November ini. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.