saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 16/08/2011

KDN isytiharkan perang


Hishammuddin Tun Hussein bersama Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad (duduk, tengah) pada sidang media selepas Mesyuarat Bersama Pengarah-Pengarah Imigresen Negeri di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 15 Ogos – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengisytiharkan perang terhadap sindiket pemerdagangan manusia dan berikrar akan menggempur sindiket terbabit habis-habisan.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, aktiviti pemerdagangan manusia adalah fenomena antarabangsa dan kerajaan berusaha keras bagi membanteras jenayah tersebut termasuk menerusi perjanjian dengan kerajaan Australia baru-baru ini.

Menurutnya, masyarakat juga diingatkan supaya terus peka dan bekerjasama membantu kerajaan dan agensi penguatkuasa dalam menangani isu pemerdagangan manusia yang dilihat semakin serius akhir-akhir ini.

“Keprihatinan masyarakat terhadap isu ini perlu dipertingkatkan lagi agar usaha kerajaan memerangi jenayah tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Kementerian juga yakin jenayah pemerdagangan manusia didalangi oleh sindiket profesional dan ia harus dibanteras segera kerana melibatkan soal imej, prestasi dan nama baik negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Perjumpaan Bersama Pengarah-Pengarah Imigresen Negeri di sini hari ini.

Menurut Hishammuddin, kerajaan telah mengenal pasti kaedah yang lebih berkesan untuk menangani jenayah terbabit termasuk memperkemaskan jentera penguatkuasaan di 64 pintu masuk negara.

Dalam pada itu, Hishammuddin memberitahu, kerajaan juga telah menjalankan kerjasama dengan kerajaan Bangladesh dan India serta agensi-agensi risikan untuk menyelesaikan masalah pemerdagangan manusia di negara ini.

“Bukan sahaja pihak luar malah kita juga akan mengenakan tindakan tegas ke atas pegawai sendiri jika terbukti mereka terlibat dengan aktiviti ini dan semuanya telah terbukti dengan tindakan kita terhadap lapan pegawai imigresen baru-baru ini.

“Kempen dan program kesedaran juga perlu dipergiatkan bagi memberikan penerangan, kesedaran dan mendidik rakyat supaya mengetahui peranan mereka dalam menangani jenayah berkenaan,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.