saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 16/08/2011

Bina lebih banyak kelong di Serkam


Amran Mohd. Zan (kanan) menunjukkan ikan jenahak dan ikan kerapu bersaiz besar yang berjaya ditangkap di kawasan sekitar kelong miliknya.


JASIN 15 Ogos - Kelong memancing mampu menjadikan Serkam sebagai destinasi tumpuan orang ramai khususnya bagi kaki pancing dari luar negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Datuk Ghazale Mohamad (gambar) berkata, aktiviti memancing di atas kelong menjadi kegiatan yang semakin menarik perhatian dan boleh diketengahkan sebagai produk pelancongan baru di daerah ini.

Menurutnya, memandangkan Serkam terletak di kawasan pantai, ia merupakan antara kelebihan untuk membangunkan lebih banyak kelong.

''Ini bukan sahaja boleh menjadikan Serkam terkenal sebagai destinasi kaki pancing tetapi lebih penting lagi, nelayan boleh menjadikan aktiviti ini sebagai sumber pendapatan tambahan mereka.

''Kita cadang bantu pengusaha sedia ada untuk membaiki kemudahan yang ada di samping mengajak lebih ramai nelayan mengusahakan kelong memancing," katanya ketika dihubung di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, kelong memancing wajar dibangunkan memandangkan Serkam tidak mempunyai banyak produk pelancongan yang boleh ditonjolkan bagi menarik minat pelancong ke daerah itu.

Ghazale yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna berkata, setakat ini, kelong yang terdapat di Serkam diusahakan oleh pihak persendirian.

Sehubungan itu, katanya, persatuan nelayan di daerah itu dicadang mengemukakan surat permohonan bagi menaik taraf kelong sedia ada yang menternak kupang kepada kelong memancing.

''Dengan permohonan melalui persatuan nelayan mereka boleh mendapat peruntukan dari Jabatan Perikanan negeri dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri,'' ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, usaha untuk membangunkan kelong perlu dibuat sempurna dengan menyediakan kemudahan pelantar yang kukuh, kemudahan tempat tidur, dapur, tempat duduk dan tandas.

''Setakat ini, terdapat tiga kelong di Serkam iaitu dua di Kampung Pulai dan satu di Sempang,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.