saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 18/08/2011

Dr Sukiman Pengerusi Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

18/08/2011 7:13pm

KUALA LUMPUR 18 Ogos Prof Datuk Dr Sukiman Sarmani telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) yang baharu mulai 1 Ogos, menggantikan Prof Emeritus Datuk Dr Noramly Muslim.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, dalam satu kenyataan di sini, berkata, kementerian yakin bahawa pengalaman dan pengetahuan mendalam Dr Sukiman akan membolehkannya menerajui Lembaga dalam membuat keputusan penting berkaitan aktiviti tenaga atom negara.

Beliau berkata, pelantikan Dr Sukiman adalah pilihan yang tepat berdasarkan kepakaran dan pengalamannya dalam bidang perlindungan sinaran yang mendapat pengiktirafan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Dr Sukiman, yang berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang radiokimia dari University of Reading, United Kingdom itu, pernah menganggotai Lembaga Perlesenan Tenaga Atom sebagai ahli selama 12 tahun bermula 1 April, 1994 hingga 31 Mac, 2006. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.