saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/08/2011

Shaharuddin dilantik TKP Kastam




PUTRAJAYA 17 Ogos - Pengarah Kastam Kelantan, Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) yang baru berkuat kuasa esok.

Beliau dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan Datuk Ismail Ibrahim yang bersara wajib.

Pada majlis di Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di sini hari ini, Shaharuddin menerima tugas berkenaan daripada Ismail sambil disaksikan oleh Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Matrang Suhaili dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Datuk Khazali Ahmad.

Shaharuddin, 56, anak kelahiran Rantau, Negeri Sembilan yang memulakan kerjaya sebagai penguasa Kastam di Pahang memiliki pengalaman luas dalam bidang pentadbiran, perkastaman dan cukai dalam negeri.

Beliau pernah berkhidmat di ibu pejabat Kastam di bahagian pematuhan dan khidmat pengurusan manusia sebelum ditukarkan ke Kelantan sebagai pengarah.

Majlis itu juga menyaksikan kenaikan pangkat dan penukaran Pengarah Kastam Perlis, Mohd. Isa Endot ke Kelantan sebagai pengarah dengan memangku gred JUSA C.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.