saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/08/2011

Kerajaan perlu campur tangan

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Majlis Perundingan Melayu Malaysia mendesak kerajaan campur tangan dalam kemelut yang melanda Universiti Malaya (UM) bagi menjaga reputasi universiti itu.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr Kamarudin Kachar berkata, isu yang melibatkan kepimpinan Naib Canselor UM, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon itu serius dan perlu dibendung serta-merta.

"Tindakan beliau yang mengambil pensyarah asing sebagai kakitangan akademik menggantikan pensyarah tempatan boleh menghancurkan harapan negara dalam mendidik seberapa ramai anak watan melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB).

"Selain itu, beliau juga mengabaikan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekali gus menentang pencapaian matlamat utama dasar negara.

"Ia juga melibatkan dasar pendidikan negara iaitu perpaduan melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Universiti itu didakwa mengalami krisis kemerosotan ilmuwan dan pakar berikutan peletakan jawatan 146 staf akademik sejak 2009 kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Ghauth.

Kamarudin berkata, tindakan Ghauth itu jelas dapat dilihat kerana pensyarah asing yang diambil tidak boleh bertutur dan mengajar dalam Bahasa Melayu.

"Kehilangan pensyarah bumiputera mempunyai kelulusan tinggi, berpengalaman dan kepakaran disebabkan kegilaan beliau untuk mendapatkan ranking 'mi segera' amat merugikan negara," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.