saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/08/2011

Tangani segera kemelut UM

KUALA TERENGGANU 18 Ogos - Kementerian Pengajian Tinggi diminta menangani segera kemelut yang melanda Universiti Malaya (UM) dengan menggantikan Naib Canselor, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon jika perlu.

Ahli Dewan Negara, Datuk Abd. Rahman Bakar berkata, kementerian perlu bertindak segera sebelum ‘nasi menjadi bubur’ demi keadilan para pensyarah dan bagi menjaga prestasi UM.

“Ghauth kena diganti dengan orang lain yang lebih berwibawa serta patriotik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Persatuan Kakitangan Akademik UM semalam mendakwa 146 staf akademiknya meletakkan jawatan sejak 2009 kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Ghauth sebagai Naib Canselor.

Abd. Rahman yang merupakan bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia seterusnya mempertikaikan keberkesanan Senat dan pihak pentadbir universiti berkenaan yang seolah-olah bertindak tanpa semangat patriotik.

Beliau turut mempersoalkan kewajaran Ghauth ‘mengimport’ kira-kira 80 peratus pensyarah dari negara lain bagi mengisi jawatan 576 pensyarah baru di UM.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.