saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 19/08/2011

Komponen kedua Program 6P dilaksana Sept - KDN

19/08/2011 9:16pm

KUALA LUMPUR 19 Ogos Proses Pemutihan yang merupakan komponen kedua Program 6P akan dimulakan pertengahan September ini apabila semua maklumat yang diperolehi melalui pendaftaran siap diproses dan disusun.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim berkata, data terbabit akan diguna untuk proses pemutihan yang menyaring pendatang tanpa izin bagi dipertimbang sebagai pekerja asing sah dengan senarai majikan yang berdaftar.

"Untuk tujuan ini, pertimbangan bagi setiap permohonan pemutihan akan ditentukan oleh kementerian atau agensi kawal selia yang bertanggugjawab terhadap sektor dan subsektor yang berkenaan, katanya dalam satu kenyataan di, sini hari ini.

Katanya proses pemutihan melibatkan dua kategori iaitu majikan yang menggaji pendatang tanpa izin yang telah didaftarkan boleh mengemukakan permohonan agar pekerja mereka diputihkan, dan bagi pendatang tanpa izin yang tidak ada majikan akan dipertimbang untuk mengisi kekosongan mengikut keperluan majikan yang memohon pekerja asing.

Permohonan untuk proses pemutihan perlu dikemukakan dengan menggunakan khidmat syarikat pengurus yang sama ketika proses pendaftaran, katanya.

Beliau berkata, kerajaan telah menetapkan kadar bayaran maksimum bagi caj perkhidmatan yang boleh dikenakan oleh syarikat pengurus iaitu tidak lebih RM300.

Sementara itu sehingga pagi ini, seramai 2,088,358 pekerja asing sah dan pendatang tanpa izin telah didaftarkan, dengan 1,135,499 daripadanya adalah pendatang tanpa izin. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.