saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 20/08/2011

‘Tak sangka Najman deejay’




PERKENALAN yang diatur oleh seorang sepupu akhirnya memberi sinar kebahagiaan rumah tangga buat penyampai radio terkenal Sinar FM, Najman Mohamed. Dari satu majlis makan-makan bertempat di sebuah restoran kek terkenal di Johor Bahru, Najman, 41, jatuh cinta pandang pertama dengan bakal suri hidupnya, Hawa Atan, 39.

“Sekali terpandang wajahnya, hati saya sudah terdetik bahawa dialah yang bakal menjadi isteri saya. Gerak hati saya kuat mengatakan bahawa wanita yang saya lihat itu adalah suri hidup saya satu hari nanti,” jelas Najman yang ditemui S2 di Astro, Bukit Jalil, baru-baru ini.

Menurut Najman, pada pertemuan pertama tersebut mereka hanya berbual kosong sehinggalah ke pertemuan kedua, juga di sebuah restoran di Johor Bahru.

“Waktu itu memang banyak yang kami bualkan dan kali ini saya pastikan saya mendapatkan nombor telefonnya. Umpama kecil tapak tangan nyiru ditadahkan, permintaan saya disambut baik oleh Hawa,” jelas Najman yang pada asalnya berkawan dengan sepupu Hawa.

Bagi Hawa pula memang dia tidak menyangka sama sekali bahawa dalam ramai-ramai kawan yang ada pada majlis makan-makan itu, Najman boleh terpikat kepadanya. Selepas itu, barulah dia tahu bahawa sepupunya memang sengaja merancang strategi untuk menjodohkan dia dan Najman.

“Kiriman SMS (khidmat pesanan ringkas) abang yang pertama membuatkan saya terharu dan terkejut. Dia memang seorang yang prihatin dan mengambil berat walau perkara kecil sekali pun,” ujarnya.

Hawa pula pada ketika itu bukanlah jenis yang setia mendengar satu stesen radio sahaja. Mana-mana stesen radio memainkan lagu yang digemarinya, itulah yang akan menjadi pilihannya. Justeru memang Hawa tidak begitu mengenali siapa penyampai radio termasuk Najman.

“Kadang kala sahaja saya mendengar radio, itupun stesen radio Era. Memang waktu saya kenal dia, saya tak tahu pun bahawa dia penyampai radio terkenal.

“Tetapi selepas saya diberitahu bahawa dia ialah seorang deejay pada tahun 2007, saya terus dengar Sinar FM sahaja,” ujar Hawa yang juga seorang pengusaha kantin di sebuah sekolah menengah di Johor Bahru.

Tidak perlu mengambil masa lama, Najman akhirnya melamar Hawa untuk menjadi isterinya dan pada tarikh 8 Ogos 2009, mereka diijabkabulkan.

Najman tidak menafikan ibu bapa serta ahli keluarganya amat merestui perhubungan mereka. Bagi mereka berdua pula walaupun perkenalan tersebut mengambil masa yang singkat, namun masing-masing mempunyai gerak hati bahawa mereka dijodohkan untuk satu sama lain.

“Minat kami berdua memang banyak yang tidak sama, sebagai contoh saya suka memancing, isteri pula tak minat. Tetapi itu semua bukan alasan untuk tidak mendapat keserasian.

“Tambahan pula, kami tidak duduk bersama, isteri saya masih di Johor dan saya pula di Kuala Lumpur. Setiap minggu, jika saya tiada urusan di Sinar saya akan ke Johor, begitulah juga jika saya ada di Kuala Lumpur dan isteri bercuti, maka dia akan ke Kuala Lumpur,” jelas Najman yang popular dengan tagline ‘mantap beb...’

Sepanjang Ramadan ini, Hawa berpuasa bersama suami di Kuala Lumpur dan setiap hari dia akan menyediakan juadah bersahur serta berbuka kerana Najman memang tidak suka makan di luar rumah.

“Memandangkan kami menjalin perhubungan jarak jauh, hanya telefon menjadi penghubung. Saya memang tidak suka menaip SMS, telefon yang paling mudah,” ujar Najman sambil mengerling ke arah isterinya.

Sementara itu, Hawa menambah bahawa Najman akan menelefonnya sekali setiap setengah jam.

“Pada perhubungan jarak jauh ini, kepercayaan memang perlu. Kalau berhadapan dengan konflik kami lebih suka berbincang, paling penting untuk bermuhasabah diri, kalau terlalu tegang saya akan keluar sebentar supaya ia tidak bertambah tegang,” jelas Najman.

Untuk menceriakan suasana rumah tangga, Najman pasti akan mengambil cuti panjang setiap tiga bulan sekali.

“Kerja sebagai penyampai radio ini perlu banyak mencari idea baru dan saya akan bercuti untuk menyegarkan minda,”ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.