saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 21/08/2011

Zakry-Fairuzizuan tinggalkan BAM

KUALA LUMPUR - Kedudukan Rexy Mainaky dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tidak disentuh pada mesyuarat majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam, sebaliknya badan badminton kebangsaan itu tampil dengan pengumuman mengejutkan iaitu Mohd. Zakry Latif dan Mohd. Fairuzizuan Tazari akan meninggalkan skuad kebangsaan selepas 15 tahun bernaung di bawah BAM.

Pengumuman tersebut dibuat ketika proses kelayakan Sukan Olimpik 2012 sedang berlangsung, sekali gus meninggalkan BAM tanpa beregu kedua atau ketiga yang mantap dan meninggalkan tugas mencari tiket Olimpik London kini dipikul sepenuhnya pasangan utama negara, Kien Keat-Boon Heong.

Dengan mengambil kira segala sumbangan yang telah diberikan oleh Zakry dan Fairuzizuan kepada negara selama ini, BAM juga sedia melepaskan mereka tanpa sebarang syarat, malah memberi jaminan mana-mana pemain yang layak secara merit ke Olimpik akan disenarai sama ada mereka pemain kebangsaan atau bebas.

"Zakry dan Fairuzizuan menghantar surat kepada BAM pada 17 Ogos lalu untuk keluar dari pasukan kebangsaan dan menjadi pemain bebas. Dengan mengambil kira segala sumbangan yang telah diberikan mereka kepada negara selama ini, termasuk beraksi pada Piala Thomas, Kejohanan Dunia dan Sukan SEA, majlis memutuskan untuk membenarkan mereka tanpa syarat,'' kata Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh selepas mempengerusikan mesyuarat di Kuala Lumpur.

Mengenai kedudukan bekas pasangan mereka sebelum ini, Hoon Thien How dan Ong Soon Hock, beliau menyerahkan kepada Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) untuk menentukan hala tuju kedua-dua pemain, dan menunggu Rexy kembali dari percutian.

Setiausaha Agung BAM yang juga Pengerusi C&T, Ng Chin Chai mengakui, tanpa Zakry dan Fairuzizuan, sasaran badan kebangsaan itu untuk melihat dua beregu melayakkan diri ke Sukan Olimpik tahun depan tampak sukar, namun beliau menegaskan, kedua-dua pemain itu masih boleh beraksi andai mampu menempatkan diri di luar BAM, dan perkara itu disokong oleh Nadzmi.

"Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik dua isu berbeza. Pada Kejohanan Dunia, BAM boleh menentukan kriteria pemain yang kami rasakan lebih sesuai untuk membawa cabaran negara tetapi pada Sukan Olimpik, peraturan jelas, siapa yang layak, dia akan beraksi tidak kira dia pemain bebas atau kebangsaan,'' tegas Nadzmi.

Sementara itu menyentuh kedudukan Rexy dan beregu utama negara, Kien Keat-Boon Heong, Nadzmi menjelaskan, BAM tidak akan melakukan tindakan drastik pada ketika Olimpik London hanya tinggal 11 bulan untuk berlangsung.

Tegasnya, aspek yang perlu diberi tumpuan adalah mencari kepincangan dan mengenal pasti pendekatan untuk memastikan pasangan utama negara itu dapat menempatkan diri pada kedudukan empat terbaik dunia pada tarikh akhir kelayakan, April tahun depan.

"Jurulatih amat penting dan kami tidak bercadang untuk membuat tindakan drastik ketika Sukan Olimpik tinggal 11 bulan lagi, tetapi terserah kepada C&T untuk mengenal pasti tindakan seterusnya yang harus diambil, tumpuan adalah menaikkan semula beregu,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.