saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 22/08/2011

Imej baharu Caltex lebih bertenaga


WAJAH baharu stesen minyak Caltex yang bakal diperluaskan ke seluruh negara.


SUNGAI PETANI 21 Ogos - Setelah berada di pasaran lebih 70 tahun, Chevron Malaysia Ltd., (Chevron), kini berusaha mengubah imej rangkaian stesen minyak Caltex menerusi logo terbaharunya yang lebih muda, moden dan bertenaga.

Pengurus Sokongan Pemasaran Malaysia, Singapura dan Kemboja Chevron, Faizah Abdul Samad berkata, sasaran penguasaan pasaran sebanyak 14 peratus berikutan dengan imej baru itu akan dapat dicapai pada tahun depan berbanding 10 peratus sebelum ini.

Beliau berkata, bagi memastikan matlamat itu berjaya, pihaknya merangka strategi khusus termasuk mengadakan proses mengubah suai dan menjenamakan semula rangkaian stesen minyak Caltex sedia ada secara berperingkat.

"Kami merancang memberikan imej baharu kepada 60 stesen pada tahun ini. Buat permulaan sebanyak 25 stesen berjaya dilaksanakan dan akan diperluaskan ke stesen-stesen lain dalam tempoh terdekat," katanya selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang peraduan Caltex Menangi Hadiah Peringkat Wilayah Utara di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, seorang pemandu lori, Mohd. Khairul Jaafar, 27, dari Alor Setar, dipilih sebagai pemenang dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.

Hadir bersama ialah Pengerusi Chevron Malaysia, Singapura dan Kemboja, Jeremy Oh dan Timbalan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kedah, Suhaimi Mat Sari.

Menurut Faizah, antara ciri-ciri yang ditekankan dalam proses penjenamaan semula stesen berkenaan adalah penggunaan bahan-bahan bersih dan jimat tenaga.

"Di samping itu, kami juga memperkenalkan tema baharu stesen Caltex agar pelanggan dapat menikmati kegembiraan perjalanan, imej kanopi, penempatan butang logo baharu serta sistem pencahayaan stesen lebih cerah yang bertujuan memberikan keyakinan kepada pengguna," jelasnya.

Beliau memberitahu, proses imej baharu tersebut akan tertumpu di rangkaian stesen Lembah Kelang, Johor Bahru dan Pulau Pinang serta sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

"Berdasarkan makluman daripada peniaga runcit Caltex, ramai pelanggan tertarik untuk mengunjungi stesen selepas proses mengubah imej dilakukan," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Faizah memberitahu, Chevron merancang untuk membuka 15 hingga 20 buah stesen minyak Caltex konsep baharu setiap tahun di Semenanjung Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Sehingga hari ini, Chevron mempunyai 429 buah stesen minyak Caltex dengan stesen terbaharunya di Taman Sri Wang, di sini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.