saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 23/08/2011

Kompas perlu berwaspada tidak cemarkan etika kewartawanan

DI Jakarta, akhbar-akhbar di sana bebas mengutip apa sahaja berita yang terpapar dalam blog-blog untuk disiarkan di laman mereka. Sama ada berita itu menghentam pemimpin tempatan atau luar negara, segalanya 'bisa' belaka.

Itulah yang diakui oleh Pengarang Berita Antarabangsa Kompas, Jimmy S. Harianto kepada seorang pegawai Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya, Khamis lalu.

Harianto sebelum itu menemui Perdana Menteri untuk menyampaikan permohonan maaf kepada beliau dan keluarganya berikutan laporan akhbar itu memfitnah Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang disiarkan 4 Ogos lalu.

Namun Kompas, sebagai sebuah akhbar besar dan terkenal di Indonesia, seharusnya tidak menyebarkan berita palsu atau perkara-perkara tidak benar yang direka oleh pihak tertentu.

"Itulah kesilapan akhbar ini, yang saya maksudkan kenapa siarkan sesuatu berita atau perkara tanpa siasatan.

"Sebagai akhbar yang bertanggungjawab, siasatan sebelum menyiarkan sesuatu berita itu amat dituntut. Tetapi selepas disiarkan dan kemudian memohon maaf, maka jelas Kompas tidak menggambarkan profesionalisme," kata Profesor Pengajian Global Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Chandra Muzaffar kepada Utusan Malaysia semalam.

Dr. Chandra menarik perhatian ini kerana penyiaran sesuatu berita yang tidak tepat, apatah lagi palsu seperti dilakukan oleh Kompas seharusnya tidak berlaku di era ini. Apatah lagi ia suatu berita palsu melibatkan seorang pemimpin dan keluarganya dari negara tetangga dan serumpun. Ini lebih-lebih lagi dengan kewibawaan Kompas yang diasaskan sejak 1965 sebagai salah satu akhbar harian utama di Indonesia.

Dr. Chandra yakin Kompas telah memperoleh maklumat mengenai kepalsuan berita melibatkan Perdana Menteri dan keluarganya daripada sumber-sumber tertentu yang berniat jahat.

"Tentulah kita pelik kerana sebagai akhbar yang telah lama wujud dan luas sekali pengaruhnya, mereka boleh pula siarkan cerita sebegini," katanya.

Beliau menarik perhatian, dalam dunia media jika disiarkan sesuatu isu, ramai akan membacanya. Tetapi jika penyiaran yang terbukti tidak benar itu disusuli permintaan maaf, sebilangan sahaja yang membacanya.

"Umpamanya laporan yang mendakwa seorang pemegang kad pengenalan merah, Mismah, 47, mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia dalam tempoh empat jam.

"Kita tahu ia berita palsu yang telah diperjelaskan balik oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Tapi jika kita amati balik ia disebarkan oleh portal dari sebuah parti yang mendakwa dari parti Islam dan disiarkan semasa bulan Ramadan," kata Dr. Chandra.

Berbalik kepada isu permohonan maaf oleh Kompas, Prof. Madya Mohamad Md. Yusof dari Pusat Pengajian Komunikasi, USM berpendapat, tindakan Kompas jelas mencemarkan etika kewartawanan.

"Sepatutnya Kompas tidak terikut-ikut dengan gelagat blog. Dengan penyiaran berita palsu ini ia sedikit sebanyak menjejaskan hubungan dua hala yang sedang dipupuk semaksimum mungkin oleh Najib dan rakan sejawatnya, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono," katanya ketika dihubungi.

Dari satu aspek lain, Mohamad menarik perhatian mengenai kesan yang akan ditanggung oleh sesebuah negara jika medianya terlalu bebas dan tidak ada kawalan daripada kerajaan.

"Sebagai contoh, kalau akhbar terlalu bebas, pemerintahnya tidak boleh berkata apa-apa. Inilah yang berlaku di Indonesia, akhbarnya tidak ada kawalan pemerintah sebaliknya di bawah kendalian satu badan dikenali 'Dewan Press'," katanya.

Kompas harus berwaspada. Jangan pisang berbuah empat lima kali seperti mana dipraktiskan oleh parti-parti pembangkang di negara ini - yang acap kali menabur fitnah dan dakyah bukan-bukan terhadap kerajaan.

Permohonan maaf jauh sekali.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.