saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 24/08/2011

Shamsul teruja puasa di Mekah


SHAMSUL bersama dengan dengan anak-anak yatim yang diraikan di majlis berbuka puasa Walid Gold, di Kelab Darul Ehsan, Ampang, Selangor, baru-baru ini.


LAIN padang, lain belalang, lain tempat lainlah adat dan budaya yang diamalkan. Begitulah yang dapat disimpulkan melalui cerita yang disampaikan oleh aktor Shamsul Ghau Ghau atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin,43.

Berkesempatan menyambut Ramadan di Mekah ketika mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini membuatkan hatinya terpikat dan ingin mengunjungi lagi tempat yang menjadi kiblat umat Islam itu.

Baginya peluang menjalani ibadat puasa di Mekah itu memberikan satu kelainan yang tidak pernah dilaluinya selama ini.

Jelas aktor yang digilap bintangnya melalui rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan musim pertama itu, apa yang membuatkannya teruja sepanjang 14 hari berada di Mekah adalah sikap dan budaya masyarakat di sana yang begitu menghayati keindahan bulan yang penuh mulia.

Menceritakan pengalaman manis yang dilalui itu, Shamsul memberitahu dia terkejut dengan masyarakat Arab yang begitu bersungguh-sungguh untuk menjamu juadah berbuka puasa kepada semua jemaah yang berada di sana.

"Bayangkanlah sedang kita berjalan untuk mengunjungi Masjidil Haram, mereka boleh menahan kita semata-mata mahu memberikan buah kurma ataupun air zam-zam untuk kita berbuka puasa.

"Kesungguhan mereka itu menyentuh hati saya memandangkan kita orang luar dan tidak dikenali tetapi mereka tetap sudi untuk menjamu kita juadah berbuka," katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Walit Gold bersama Anak-anak Yatim, baru-baru ini.

Dalam majlis berkenaan, kira-kira 100 orang anak-anak yatim dari Rumah Anak-Anak Yatim An-Najjah dan Rumah Anak-Anak Yatim At-Taqwa diraikan.

Pada majlis itu, selain daripada meraikan mereka, Walit Gold turut memberi sumbang duit raya kepada mereka dan melancarkan dua produk baru mereka iaitu Taqwa serta Caliph.

Menyambung bicara pengalaman berpuasa di Tanah Suci Mekah, ujar Shamsul, kesempatan dua kali mengerjakan solat Jumaat di sana begitu berlainan jika dibandingkan dengan negara kita.

"Di sana kita harus cepat ke masjid untuk mengerjakan solat Jumaat, bayangkan pukul 11 pagi masjid sudah dipenuhi dengan jemaah jika lambat kita terpaksa duduk di luar.

"Tetapi di sini hampir pukul 12 tengah hari pun masih ramai yang belum tiba di masjid," kata Shamsul.

Cerita Shamsul lagi, memandangkan ini adalah kali kedua dia mengerjakan umrah semua rukun umrah dapat dilakukan dengan mudah berbanding umrah pertama pada tahun 2001.

"Memandangkan sudah ada pengalaman, jadi perjalanan saya sepanjang berada di Mekah kali ini agak mudah,"kata Shamsul, bapa kepada Megat Ummar, 6, dan Puteri Kasih Batrisya, enam bulan.

Shamsul yang menolak banyak tawaran berlakon untuk membolehkannya menunaikan umrah pada awal puasa berharap akan dapat menunaikan ibadat haji pada tahun depan.

"Insya-Allah jika ada rezeki saya akan ke Mekah bersama isteri dan dua orang anak saya pada tahun depan," kata Shamsul.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.