saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 24/08/2011

Cita rasa raya 2011


Salikin Sidek dengan pelbagai rekaan baju Melayu yang terdapat di butiknya.


SETIAP tahun apabila tibanya Hari Raya Aidilfitri, akan muncul trend-trend terbaru dalam berfesyen. Baik sama ada fesyen pakaian untuk lelaki, wanita, tudung, kerongsang, samping dan sebagainya.

Pelbagai nama diberikan kepada jenama trend terbaru itu dan ini dapat disaksikan jika kita menjelajah di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman atau pusat-pusat membeli-belah yang menjadi tumpuan masyarakat Islam.

Mega menemui beberapa orang pereka yang bercerita mengenai trend terkini yang dihasilkan khusus menyambut Syawal tahun ini.

Baju Melayu putih Salikin

Salikin Sidek, pereka fesyen tersohor tanah air menampilkan rekaan baju Melayu berpotongan kurta yang dipadankan dengan seluar berpotongan slack sempena kedatangan Aidilfitri tahun ini. Bahagian bahu pula diberikan kelainan dengan perincian jahitan.

Ujarnya, pelanggannya bukan sahaja terdiri dari orang tempatan malah orang Afrika membeli baju Melayunya yang berpotongan kurta bagi dipakai di majlis rasmi. Baju Melayu kita kata Salikin, mempunyai persamaan dengan baju lelaki Afrika cuma mereka tidak memakai bersama samping.

Beliau yang dikenali dengan rekaan pakaian lelaki dan wanita moden kontemporari berkata, tahun ini menyaksikan warna-warna asas seperti hitam putih menjadi pilihan ramai.

Katanya, golongan yang berusia 30-an hingga 50-an lebih menggemari warna-warna seperti hitam, putih dan kelabu. Selain itu, baju Melayu yang dibuat daripada fabrik corak kekotak dan jalur turut menjadi trend tahun ini.

‘‘Walaupun polos dan tidak bermain dengan banyak warna namun corak urat pada fabrik dapat dilihat kerana penggunaan fabrik kapas yang berkualiti tinggi seperti fabrik kapas Mesir,’’ kata Salikin yang ditemui di butiknya di Ampang Park, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pun demikian, Salikin tetap memberikan pilihan kepada para pelanggan dengan turut membuat baju Melayu yang pelbagai warna seperti merah, biru, hijau, jingga, ungu dan sebagainya.

Ini kerana bukan semua pelanggan yang menyukai warna-warna asas. Masih terdapat pelanggan yang menyukai baju Melayu berwarna terang.

Tambahnya, baju Melayu putih mudah dipadankan dengan apa sahaja warna samping. Kebiasaannya pelanggan menyukai samping satu warna dan bercorak klasik.

‘‘Saya lebih mengutamakan samping Terengganu. Terdapat banyak pilihan yang boleh dipilih pelanggan namun kebanyakannya menyukai yang sederhana berharga di antara lebih RM1,000 hingga RM2,000.

Menurut Salikin yang menjual baju Melayu berharga daripada RM580 ke atas, baju Melayu sepatutnya mempunyai branding.

Justeru beliau tidak bimbang menghasilkan baju Melayu yang menggunakan jenis fabrik yang mahal.

‘‘Orang kata baju Melayu tidak perlu mahal namun saya hendak keluarkan jenama lelaki yang bermutu,’’ jelasnya lagi.

Mengenai trend pakaian wanita pada hari raya ini, Salikin berkata, rekaan kebaya labuh berpinggang kembali diminati.

Selain itu, baju kurung daripada syifon jarang yang dipakai bersama baju inner mendapat sambutan. Dengan tambahan jahitan manik pada leher dan hujung tangan, baju kurung syifon ini mudah sahaja menambat hati pelanggan.

‘‘Sekarang baju kurung berkekek kurang diminati. Kesemua koleksi saya terdiri daripada pesak gantung. Potongannya lebih kurang sama dengan kurung Riau,’’ katanya yang turut menjual baju kurung sahaja pada harga RM580 bagi dipadankan dengan kain lain manakala harga untuk sepasang baju antara RM980 hingga lebih RM1,000.

Tudung syifon berbatu

Siti Faizah Muhammad Ali yang kini sibuk menyiapkan tempahan tudung pelanggan berkata, tudung yang sedang mendapat sambutan hangat pelanggan masa kini ialah tudung syifon bersulam yang ditambah dengan hiasan kristal swarovski dan manik.

Sempena raya ini, Siti Faizah memilih fabrik jenis syifon yang lembut untuk tudung Faiz Collection. Fabrik ini katanya, nampak mewah, senang dibentuk dan nampak cantik.

Berbeza dengan pelanggan tudung Ratu yang menyukai warna lembut, Siti Faizah berkata, pelanggannya lebih menyukai warna-warna yang terang dan garang.

Beliau yang mempunyai pelbagai contoh sulam bagi dijahit pada tudung menambah, semua pelanggan hendakkan sulaman yang terbaru. Sulaman terkini untuk tudung ialah sulam kerinting karipap.

Tudung yang telah disulam akan ditampal dengan kristal swarovski bagi menambah eksklusif. Terdapat tudung syifon sulam selapis dan dua lapis. Tudung sulam dua lapis dijual pada harga RM159. Siti Faizah kini berniaga di Giant, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

Kerongsang perak besar

Bagi Aida Mohd. Noor yang membuat sendiri aksesori dan kerongsang D‘Little Asia Collections, wanita bertudung kini lebih menyukai kerongsang yang besar sebagai hiasan pada tudung. Katanya, satu kerongsang besar mencukupi mencantikkan pemakaian tudung.

‘‘Wanita kini sukakan kerongsang yang bersaiz besar dan nampak tradisional namun memiliki ciri kontemporari.

‘‘Melihat sambutan baik pelanggan pada awal saya membuat kerongsang ini, saya tambah lagi koleksi yang ada di mana kerongsang perak besar ini saya hiasi dengan juraian bunga daripada kristal.

‘‘Kerongsang ini nampak eksklusif dan lain daripada lain. Selain boleh dipakai di tudung, ia boleh juga dipakai pada baju kurung, kaftan dan sebagainya. Pendek kata ia boleh dipelbagai gunakan,’’ ujar Aida yang turut menerima tempahan pelanggan.

Beliau yang mempunyai gerai aksesori di Giant, Seksyen 13, Shah Alam ini menambah, selain kepuasan menghasilkan aksesori ilham sendiri apa yang lebih penting beliau dapat mencantikkan wanita lain dengan koleksi aksesorinya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.