saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/08/2011

Laluan larian Suwaibah selamat


SUWAIBAH Muhammad Nasir mengadakan tinjauan laluan Larian Sahara pada 15 Ogos lalu.


KUALA LUMPUR 24 Ogos – Laluan Larian Sahara sejauh 1,111 kilometer yang akan disertai secara solo oleh bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Suwaibah Muhammad Nasir mendapat jaminan keselamatan daripada pihak berkuasa Mesir.

Pengurus Larian Sahara, Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, jaminan itu diberikan pihak berkuasa tersebut semasa Suwaibah mengadakan tinjauan laluan larian berkenaan pada 15 Ogos lalu.

Menurut beliau, selain pihak berkuasa, kawalan keselamatan itu turut mendapat kerjasama pemimpin pelbagai kabilah di negara terbabit.

‘‘Laluan sejauh 1,111 kilometer iaitu dari Aswan ke Rafaj adalah laluan yang selamat untuk Suwaibah melakukan larian merentasi Gurun Sahara.

‘‘Kita juga mendapat sokongan dan kerjasama pihak kedutaan Malaysia di sana. Sepanjang tinjauan itu, kita juga dapat melihat kesesuaian kawasan persekitaran,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Suwaibah dijangka memulakan misi lariannya yang dinamakan Sailing the Sand of Sahara pada 1 November depan pada pukul 11.11 pagi dari Aswan, Mesir.

Larian yang dijangka mengambil masa 35 hari itu akan bermula dari Aswan ke Luxor sejauh 179 kilometer, Luxor-Sohag- Assyut (221 kilometer), Assyut-Al-Minya-Giza- Kaherah (318 kilometer) dan Kaherah ke Suez sejauh 125 kilometer.

Seterusnya laluan mencabar menanti Suwaibah dari Suez ke Port Said sejauh 146 kilometer sebelum menamatkan misinya di laluan Port Said Rafaj sejauh 122 kilometer.

Sheikh Ahmad Dusuki berkata, sempena larian itu, pihaknya turut menyeru orang ramai untuk menghulurkan derma dan tajaan bagi menjayakan larian tersebut.

‘‘Ia penting kerana sebahagian sumbangan itu juga akan disalurkan untuk membantu pendudukan Palestin khususnya di Gaza.

‘‘Selain itu ia akan didermakan kepada Tabung Bantuan Pulih Wajah Nurul Dahyatul Fazlinda-YPU, Persatuan Kanser Malaysia dan Yayasan Buah Pinggang,’’ tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.