saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 25/08/2011

Graduan UPSI berdaya saing

Saya ingin memberi respon kepada tulisan Graduan Kecewa dalam ruangan ini pada 10 Ogos 2011 bertajuk Malang nasib graduan UPSI.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Graduan Kecewa kerana berjaya bergraduat pada Konvokesyen UPSI pada 26-30 Julai 2011 lalu. Segulung ijazah yang diterima Graduan Kecewa membuktikan beliau kini layak dilantik sebagai guru kerana kesemua program Pendidikan Guru yang ditawarkan oleh UPSI adalah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi, juga oleh beberapa negara luar yang turut menghantar pelajar mereka belajar di UPSI.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sejak 1997 sehinggalah ke hari ini masih terus menawarkan program pendidikan guru peringkat sarjana muda. Sehingga kini UPSI menawarkan 44 program pendidikan guru, menyediakan guru yang akan mengajar pelbagai mata pelajaran peringkat sekolah menengah.

Pengambilan pelajar ke program pendidikan guru di IPTA adalah berlandaskan unjuran yang dibuat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada setiap tahun. Kepada UPSI, biasanya diunjurkan sekitar 50 peratus hingga 60 peratus pelajar iaitu dalam lingkungan 2,300 pelajar baharu setiap kali pengambilan. Bakinya, diagihkan kepada 13 IPTA lain yang juga menawarkan program pendidikan ijazah pertama.

Disebabkan unjuran dibuat KPM, terdapat beberapa program pendidikan guru terpaksa diberhentikan penawaran kerana tiada unjuran dibuat oleh KPM. Sebagai contoh, UPSI sudah dua tahun tidak menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Pendidikan Ekonomi, Pendidikan Perdagangan dan Pendidikan Teknologi Komunikasi Maklumat atau ICT kerana tiada keperluan daripada KPM.

Ada program yang hanya dibenarkan mengambil 20 pelajar sahaja, sebab keperluan KPM hanya sebanyak itu dan UPSI tidak pernah melanggar permuafakatan baik dengan KPM yang telah wujud sekian lama. Tuduhan menyatakan UPSI tidak berunding dengan KPM dalam pengambilan bakal guru tidak benar.

Setiap tahun lebih kurang 95 peratus graduan program pendidikan guru UPSI sama ada pemegang biasiswa KPM atau pinjaman PTPTN, berjaya menjadi guru di bawah KPM, cuma lambat atau cepat penempatan dibuat oleh KPM. Ini bergantung kepada pelbagai faktor, misalnya kekosongan yang ada dan graduan lulus ujian INSAK serta temu duga dan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.75.

Bagaimanapun, ada dalam kalangan graduan program ini yang berminat mengajar di sekolah swasta dan sekolah di bawah pelbagai agensi kerajaan yang lain seperti jabatan agama negeri, Kolej Mara, Sekolah Antarabangsa dan sebagainya.

Terdapat juga di antara mereka yang tidak menjadi guru tetapi memilih kerjaya lain yang memerlukan ilmu dan kemahiran yang mereka peroleh semasa di UPSI. Berbekalkan ilmu dan kemahiran serta ditambah dengan kemahiran insaniah, graduan UPSI berjaya dalam kerjaya yang mereka ceburi selain daripada perguruan.

Penubuhan Muzium Pendidikan Nasional sudah lama dirancang dan perasmian pembukaan hanya dibuat pada 19 Julai 2011. Penubuhan muzium ini di UPSI tepat dengan kedudukan UPSI sebagai institusi pendidikan guru yang pertama di negara ini iaitu pada tahun 1922, bermula dengan SITC, MPSI, IPSI dan UPSI. Ramai tokoh pendidikan dan juga pelbagai bidang dikeluarkan UPSI sejak sebelum dan selepas merdeka.

Muzium ini bukan sahaja mempamerkan jasa tokoh-tokoh berkenaan tetapi juga mempamerkan pelbagai perkara dan artifak berkaitan pendidikan masa kini, masa lalu dan akan datang. UPSI bukan menunjuk-menunjuk penubuhan muzium ini tetapi memang tepat ditubuhkan di UPSI dan mendapat kebenaran KPTM serta peruntukan dalam RMK-9.

PROF. DATUK DR. AMINAH AYUB

NAIB CANSELOR UPSI

Tanjung Malim, Perak

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.