saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 25/08/2011

Imigresen buka hingga malam esok untuk Program 6P

25/08/2011 12:11pm

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Pendaftaran Program 6P di kaunter Jabatan Imigresen seluruh negara hanya akan dibuka sehingga 10 malam esok bagi memberi peluang kepada kakitangan Jabatan Imigresen menyambut Aidilfitri.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, majikan dan pekerja asing tanpa izin boleh terus berdaftar dengan syarikat-syarikat pengurus yang dilantik sehingga 31 Ogos ini.

Tarikh pendaftaran itu yang sepatutnya berakhir pada 21 Ogos lepas telah dilanjutkan bagi memberi peluang kepada majikan dan pekerja asing yang belum berdaftar berbuat demikian.

Dalam kenyataan berasingan, jabatan itu berkata, perkhidmatan kaunter di Jabatan Imigresen negeri yang beroperasi pada setiap hari sebelum ini, akan ditutup selama empat hari sempena Aidilfitri mengikut cuti hujung minggu di setiap negeri.

Bagi negeri yang bercuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad, kaunter akan ditutup operasi pada 27 dan 28 Ogos serta 3 dan 4 September manakala bagi negeri yang bercuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu, kaunter akan ditutup operasi pada 26 dan 27 Ogos serta 2 dan 3 September. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.