saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/08/2011

Lynas dilihat secara objektif bukan politik

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Pembinaan kilang Lynas Corporation Ltd. yang bertujuan untuk memproses nadir bumi harus dilihat secara objektif melalui pendekatan ilmu dan bukannya dibayangi kepentingan politik.

Sehubungan itu, Presiden Persatuan Pencinta Alam, Prof. Dr. Maketab Mohamed berkata, penjelasan dua saintis nuklear negara, yang mana salah seorang adalah wakil rakyat Pas harus diterima secara objektif oleh semua pihak.

Katanya, ini kerana penjelasan mengenai kadar radiasi tersebut dibuat berdasarkan fakta, hasil kajian saintifik yang dilakukan oleh beberapa badan bertanggungjawab dan bukannya bersifat kenyataan politik.

"Kita kena melihat isu ini secara objektif dan berdasarkan ilmu. Apa yang menjadi masalah isu ini diselit sekali dengan kepentingan politik membabitkan kedua-dua belah pihak iaitu pembangkang dan kerajaan.

"Saya sendiri menerima penjelasan Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli dan Dr. Che Rosli Che Mat (Ahli Parlimen Hulu Langat) kerana percaya penjelasan itu berdasarkan kepakaran mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Malam semalam, TV3 melalui Buletin Utama mendedahkan penjelasan terperinci dua saintis nuklear negara tersebut dengan menjelaskan kilang Lynas selamat, sekali gus menempelak Ahli Parlimen Kuatan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh.

Dalam pada itu, jelas Maketab, dalam beberapa isu khususnya aspek pelaksanaan, beliau sendiri tidak setuju apabila projek itu diluluskan tanpa kajian komprehensif dilakukan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Menurutnya, walaupun kajian tersebut telah dimaklumkan oleh IAEA sebagai tidak perlu tetapi ia penting kerana pembinaan kilang Lynas menjadi isu kontroversi kerana melibatkan kebimbangan orang ramai.

"Saya fikir kalau kajian ini dibuat terlebih dahulu walaupun ia membabitkan kos yang tinggi sudah tentu kontroversi tidak sehebat hari ini. Maknanya rakyat mampu menerima dengan hati yang lebih terbuka," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.