saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 26/08/2011

Jangan beli tiket bas menerusi ulat tiket - SPAD

26/08/2011 8:35pm

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini menasihati orang ramai agar tidak menggunakan khidmat ‘ulat’ untuk mendapatkan tiket bas ekspres atau bas tambahan di mana-mana terminal atau luar kawasan terminal pengangkutan.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Kamal berkata, orang ramai dinasihatkan untuk membeli tiket daripada pengusaha yang sah melalui kaunter penjualan tiket yang dibenarkan sahaja untuk mengelak berlakunya penipuan dan caj harga tiket yang berlebihan.

"Kami menyarankan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan bas ekspres untuk merujuk nama-nama syarikat pengendali yang mempunyai permit Lesen Perubahan Sementara (LPS) di laman web SPAD, www.spad.gov.my bagi memastikan tiket yang dibeli adalah daripada pengendali bas yang sah.

"Ini juga bagi mengelakkan penumpang dari ditipu oleh ulat-ulat kerana bas yang mereka sediakan tanpa lesen sah dari SPAD mungkin tidak selamat, nama syarikat pengendali ini juga sepatutnya ada tertera di tiket yang dibeli termasuk nombor pendaftaran bas tambahan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.