saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 29/08/2011

Azhar Hamid dilantik CEO MRT Co, pemilik projek KVMRT

29/08/2011 5:01pm

KUALA LUMPUR 29 Ogos Bekas Pengarah Urusan Sime Darby Plantation, Datuk Azhar Abdul Hamid telah dilantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MRT Co, syarikat kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Pelantikan itu diumumkan hari ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam satu kenyataan hari ini, Program Transformasi Ekonomi (ETP) berkata, Azhar, yang dijadual memulakan tugasnya pada minggu pertama bulan September, akan melaporkan diri kepada Najib sebagai Menteri Kewangan dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

MRT Co akan menjadi pemilik projek dan aset kepada projek My Rapid Transit Lembah Klang (KVMRT), berkuat kuasa 1 September.

Azhar mempunyai rekod cemerlang dalam memberikan hasil dan menguruskan operasi berskala besar, kata Najib.

Bahagian perladangan Sime Darby Bhd, yang di bawah kepimpinan dan pengawasan berhemat Azhar antara 2006 dan 2010, telah memperlihatkan hasil dan keuntungan yang baik.

Keuntungan operasi bahagian perladangan meningkat 23 peratus kepada RM2.1 bilion dalam tahun kewangan 2009/2010. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.