saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 30/08/2011

Azhar dilantik Ketua Pegawai Eksekutif MRT Co.

PUTRAJAYA 29 Ogos – Pengasas dan Pengarah Eksekutif Chelsea Capital Sdn. Bhd., Datuk Azhar Abdul Hamid, 50, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MRT Co., syarikat pemilik aset projek Transit Aliran Massa (MRT) Lembah Klang.

Mengumumkan pelantikan tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rekod perkhidmatan Azhar dalam menguruskan beberapa projek berskala besar.

“Selepas meneliti kelayakan beberapa calon lain, Azhar yang merupakan bekas Pengarah Urusan Sime Darby Plantation Sdn. Bhd. telah dilantik untuk meneraju MRT Co.

“Kepimpinan yang kuat dan fokus tidak berbelah bahagi adalah ciri-ciri yang amat dititikberatkan dalam mengendalikan projek MRT yang kompleks dan berskala besar,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), di sini hari ini.

Sebagai seorang akauntan bertauliah, Azhar mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia korporat termasuk pernah menjadi Pengerusi Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA).

Azhar dijadual memulakan tugas di MRT Co. pada minggu pertama September ini dan beliau akan melapor terus kepada Najib dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.